Malaysia Oversight

Kerajaan Kelak Akan Mengambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan Asing Yang Membeli Petrol RON95

By Amanz in January 29, 2026 – Reading time 1 minute
Kementerian Kewangan Mengemaskini Had Subsidi BUDI95 Untuk Pemandu Perkhidmatan Seru Pandu


Seperti yang sedia maklum, telah memperkenalkan program subsidi petrol BUDI RON95 untuk membolehkan rakyat Malaysia membeli petrol RON95 pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran dengan had 300 liter pada harga RM1.99 seliter setiap bulan.

Walaupun tanpa subsidi tersebut, ia juga diketahui umum bahawa pemilik kenderaan yang berdaftar dari luar negara, khususnya dari Singapura dan Thailand masih tidak dibenarkan untuk membeli petrol RON95 walaupun tanpa manfaat BUDI95, dan dihadkan kepada pembelian petrol RON97 sahaja.

Budi Madani RON95 BUDI95 1

Sebelum ini, hanya pemilik dan pengelola stesen minyak yang didapati membenarkan pemilik kenderaan luar negara untuk membeli petrol RON95 telah dikenakan saman ataupun denda, tetapi kelak, kedua-dua pemilik kenderaan asing yang membeli petrol RON95 dan juga pengelola strsen minyak boleh dikenakan tindakan saman atau denda sekaligus.

Perkara ini disahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini oleh Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Pengguna Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup yang mengatakan bahawa undang-undang tersebut akan dikuatkuasakan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bermula 1 April 2026.

Untuk isu ketirisan yang sering berlaku di kawasan-kawasan sempadan negara, khususnya di Thailand, beliau turut mengatakan bahawa akan menjejak pembelian berlebihan melalui MyKad, dan akan bertindak untuk mengekang isu ketirisan ini.

The Edge Malaysia



Source link