Malaysia Oversight

Google Chrome Kini Mempunyai Integrasi Gemini dan Ejen AI

By Amanz in January 29, 2026 – Reading time 2 minute
Google Chrome Kini Mempunyai Integrasi Gemini dan Ejen AI


Google Chrome Kini Mempunyai Integrasi Gemini dan Ejen AI

January 29, 2026
Google
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Google Chrome diberikan ciri baharu tab khas yang mengintegrasi kecerdasan buatan (AI) Gemini terus pada pelayar web nombor satu dunia ini. Ia adalah ciri yang telah lama dinantikan pengguna Gemini sejak Copilot lebih awal diintegrasikan ke dalam Microsoft Edge. Dengan integrasi Gemini 3, sebuah tab sisi akan dibuka pada sisi kanan tetingkap Chrome. Pengguna boleh mengarahkan Gemini untuk melakukan rumusan artikel laman web panjang dengan hanya memberikan arahan.

Google Chrome Gemini Tab

Gambar yang ditemukan dalam Google Images turut boleh disunting secara terus menggunakan tab sama menggunakan model Nano Banana. Tidak perlu lagi memuat turun gambar terlebih dahulu dengan pemprosesan dilakukan sepenuhnya di dalam Chrome.

Google Chrome Nano Banana

Terdapat juga integrasi Connected Apps untuk aplikasi Gmail, Calendar, YouTube, Maps, Google Shopping dan Google Flights. Apabila melakukan carian tiket kapal terbang untuk kerja misalnya, Chrome akan melihat maklumat terkandung dalam Gmail dan Calendar untuk mencari tiket yang menepati keperluan pengguna tanpa perlu memasukkan maklumat tambahan. Dalam masa beberapa bulan lagi, sokongan Personal Intelligence juga akan diberikan pad Chrome.

Google Chrome Ejen Ai

Bagi pelanggan AI Pro dan Ultra di Amerika Syarikat pula mereka boleh mengakses ciri melayari web secara automatik menerusi penggunaan ejen AI. Ejen AI akan melakukan tugas mencari maklumat di web bagi pihak pengguna dan bergantung kepada akses yang diberikan melengkapkan pembelian bagi pihak mereka. Akhir sekali Chrome menyokong protokol Universal Commerce Protocol (UCP) yang membolehkan ejen AI bercakap antara satu sama lain sebelum melakukan pembelian di atas talian.



Source link