Apple Perkenal AppleCare One – Pelan Perlindungan Untuk Sehingga Tiga Peranti, $20 Sebulan, Bermula Di Amerika Syarikat
July 23, 2025
•
Aman
Apple kini hadir dengan penawaran baharu, dinamakan sebagai AppleCare One. Ia merupakan perluasan penawaran Apple Care, membolehkan pengguna melanggannya dan menikmati perlindungan untuk sehingga 3 peranti pada harga $19.99 sebulan. Pengguna turut boleh menambah peranti tambahan kepada pelan berkenaan pada harga $5.99 sebulan untuk setiap peranti tambahan.

AppleCare One ini menyertakan pelbagai kelebihan yang dibawah pada AppleCare+, termasuk baik-pulih tanpa had untuk pelbagai bentuk kemalangan, sokongan 24/7 daripada Apple, perlindungan bateri, da juga perlindungan daripada kecurian atau kehilangan untuk iPhone, iPad dan juga Apple Watch.
Buat masa ini, Apple hanya menawarkan pelan ini di Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah pelan ini akan diperluaskan untuk pasaran tempatan. Dengan penawaran ini, selain memberikan keselesaan kepada pengguna dalam memastikan peranti mereka terjaga, ia juga sekaligus menjadi salah satu pendapatan tambahan kepada pihak Apple dalam bentuk langganan bulanan.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.