Malaysia Oversight

Semua Pusat Pemandu Grab Dinamakan Semula Sebagai Kampus Rakan Grab

By Amanz in January 26, 2026 – Reading time 2 minute
Semua Pusat Pemandu Grab Dinamakan Semula Sebagai Kampus Rakan Grab


Pusat Pemandu secara lazimnya dikenali sebagai lokasi fizikal dimana mereka yang menjana pendapatan hidup melalui platform boleh pergi untuk mendaftar menggunakan platform tersebut dan menanya pelbagai soalan tentang bagaimana untuk menggunakan platform tersebut.

image 75

Hari ini, sejumlah daripada lokasi-lokasi ini akan dinamakan semula sebagai Kampus Rakan (KRG) untuk menjadi pusat sehenti pendaftaran dan juga pertumbuhan holistik rakan-rakan Grab. Lokasi ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia bersama-sama dengan Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

image 78

Selain daripada lokasi fizikal pendaftaran rakan baru, lokasi-lokasi KRG akan menjadi hab pemerkasaan ekonomi khusus, sebuah ruang bersama yang membolehkan rakan-pemandu, rakan-penghantar dan rakan-peniaga melengkapkan diri dengan kemahiran serta keyakinan digital untuk terus maju dalam ekonomi yang sentiasa berubah.

Lokasi-lokasi ini akan berfungsi sebagai lokasi fizikal GrabAcademy, yang sehingga kini telah memberi manfaat kepada lebih daripada 40,000 rakan Grab yang telah menerima manfaat daripada program peningkatan kemahiran.

image 76

Ini termasuklah program-program yang boleh memberikan manfaat kepada rakan-rakan Grab seperti kemahiran kewangan dan digital, termasuklah kemahiran yang dibangunkan bersama rakan usahasama seperti CARSOME Academy, GIATMARA dan Saito University College, yang menawarkan sijil yang berguna di luar platform Grab.

image 79

Selain daripada menjadi pusat sehenti untuk pendaftaran pada platform untuk rakan pemandu, penghantar dan perniagaan, KRG juga dibangunkan dengan niat untuk dijadikan sebagai sebuah hab komuniti yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai rakan Grab, termasuklah mereka yang terdiri daripada golongan OKU dan juga pekak-bisu.

image 77

Menurut Grab Malaysia, kesemua sembilan Pusat Pemandu Grab di seluruh Malaysia telah dijenamakan semula sebagai Kampus Rakan Grab. Tiga daripada lokasi-lokasi yang terbesar, termasuklah yang di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan juga Johor telah diubahsuai untuk untuk merumahkan perkhidmatan-perkhidmatan yang memerlukan ruang yang banyak.



Source link