Jika anda sedang mencari paparan skrin gaming kelas premium yang memenuhi citarasa, keperluan dan kehendak anda, Acer Malaysia hari ini mengumumkan bahawa paparan skrin Acer Predator X27U X2 sudah mula dijual di pasaran tempatan.

Paparan skrin ini menggunakan panel QD OLED bersaiz 27 inci dengan resolusi WQHD (2560×1440) dan kadar segar semula 240Hz yang menyokong teknologi AMD FreeSync Premium Pro dan juga NVIDIA GSYNC dan boleh memaparkan 99 peratus daripada gamut warna DCI-P3 untuk olahan warna yang lebih jitu.

Tidak kira jika anda mempunyai konsol-konsol Sony PlayStation 5 Pro, Microsoft Xbox Series X/S ataupun komputer desktop/riba yang baru, paparan skrin ini hadir dengan sambungan HDMI 2.1 dan DisplayPort yang boleh menyokong semua peranti-peranti tersebut dengan kemampuan resolusi dan kadar segar semula maksima mereka tanpa masalah.

Ciri ErgoStand terbaru keluaran Acer membolehkan pengguna untuk mengubahsuai kedudukan paparan skrin Predator X27U X2 ini dengan mudah, tidak kira anda mahu menggunakannya secara mendatar ataupun menegak.

Acer Malaysia mengatakan bahawa paparan skrin ini akan mula dijual di gedung atas talian Acer eStore, Shopee dan Lazada pada harga RM1999.