Malaysia Oversight

Pengarah Terkemuka Mengatakan Unreal Engine Adalah Sebab Kesan Khas Filem Moden Nampak Buruk

By Amanz in January 23, 2026 – Reading time 1 minute
Pengarah Terkemuka Mengatakan Unreal Engine Adalah Sebab Kesan Khas Filem Moden Nampak Buruk


Pengarah Terkemuka Mengatakan Unreal Engine Adalah Sebab Kesan Khas Filem Moden Nampak Buruk

January 23, 2026
Kreatif

Effi Saharudin

Di media sosial saya yakin anda pernah melihat meme yang menunjukkan kesan khas visual (VFX) filem Pirates of The Caribbean Dead Man’s Chest dari tahun 2006 nampak lebih realistik berbanding VFX filem moden seperti Ant Man Quantumania. Pemain industri berkata jumlah VFX yang banyak, bayaran lebih rendah dan artis tidak diberikan lebih masa adalah penyebab VFX moden nampak lebih buruk.

Unreal Engine Metahuman Creator B
Unreal Engine MetaHumans

Tetapi pengarah trilogi asal Pirates of The Caribbean, Gore Verbinski dipetik berkata sebenarnya Unreal Engine yang harus dipersalahkan. Menurut beliau VFX dahulu dihasilkan menggunakan perisian 3D Maya yang boleh menghasilkan grafik yang nampak lebih realistik tetapi memerlukan kepakaran untuk menguasainya.

Sejak Unreal Engine mula menggantikan Maya seperti dalam siri The Mandalorian, grafik nampak lebih plastik kerana ia pada asalnya dibangunkan untuk permainan video dan bukannya untuk kesan khas filem. Antara kekurangan Unreal Engine menurut Verbinski ialah ia tidak menghasilkan kulit yang nampak realistik sehingga menimbulkan kesan uncanny valley yang menjadi kritikan besar dalam permainan seperti olahan semula Until Dawn (yang menggunakan UE 5).

ButWhyTho



Source link