Malaysia Oversight

Google Gemini Kini Menawarkan Soalan Ujian Peperiksaan Untuk Pelajar Sekolah

By Amanz in January 23, 2026 – Reading time 1 minute
Google Gemini Kini Menawarkan Soalan Ujian Peperiksaan Untuk Pelajar Sekolah


Google Gemini Kini Menawarkan Soalan Ujian Peperiksaan Untuk Pelajar Sekolah

January 23, 2026
Google

Effi Saharudin

Lebih tiga dekad lalu, sebelum menduduki peperiksaan SPM, saya akan membeli buku soalan ujian peperiksaan Sasbadi dan sekolah pula memberikan salinan kertas soalan peperiksaan terdahulu. Banyak wang ringgit dibelanjakan ibu bapa bagi memastikan saya bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Ini cerita zaman pra internet dan dengan kita kini hidup dalam era pasca kecerdasan buatan (AI), kertas soalan peperiksaan juga kini disediakan oleh AI.

Google GEmini Classroom SAT exam Peperiksaan

Google pagi ini mengumumkan Gemini kini boleh menghasilkan soalan ujian peperiksaan SAT di Amerika Syarikat menerusi Google Classroom. Gemini akan menjadikan proses persediaan peperiksaan untuk memasuki kolej lebih mudah sekaligus mengurangkan tekanan ke atas pelajar. Walaupun soalan dijana oleh AI, ia telah disaring terlebih dahulu oleh badan peperiksaan seperti The Princeton Review.

Selain menyediakan kertas soalan ujian kepada pelajar, Gemini turut boleh membantu pelajar melakukan ulang kaji secara terperinci dengan jalan kerja diberikan untuk soalan yang diterima di dalam kelas. Pelajar turut boleh mengeksport nota kelas ke dalam NoteBookLM yang kemudiannya diproses untuk menjadikannya lebih mudah difahami, diubah menjadi podsiar dan turut menjadi rajah, graf dan visual sekiranya perlu.

Bagi tenaga pengajar pula, Gemini boleh digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran dalam kelas berdasarkan dokumen dan silibus semasa. Kesemua buku nota peribadi yang telah dihasilkan dalam NotebookLM boleh diimport ke dalam Gemini bagi memastikan maklumat sentiasa tepat.



Source link