Microsoft Surface Laptop 5G Dilancarkan Untuk Pelanggan Perniagaan
July 23, 2025
•
Effi Saharudin
Microsoft melancarkan Surface Laptop 7 5G awal pagi tadi dengan ia sebuah lagi komputer riba yang hanya ditawarkan kepada pelanggan perniagaan. Ia dilengkapi skrin 13.8″ LCD PixelSense sesentuh, dipadankan dengan cip sehingga Intel Core Ultra 7, 32GB RAM, dan storan 1TB SSD.

Kerana ia model 5G, komputer riba ini menyokong SIM fizikal dan juga eSIM bagi mendapatkan sambungan selular. Selain itu sambungan kepada WiFi 7 turut disertakan. Bagi memastikan sambungan selular yang memuaskan sepanjang masa, tubuh Surface Laptop 5G telah direka semula berbanding model yang dilancarkan sebelum ini. Pilihan I/O pula ialah 2X USB-C dengan USB4/Thunderbolt 4, 1X USB-A 3.1, bicu audio 3.5mm dan port Surface Connect.
Kapasiti bateri tidak didedahkan dengan Micorsoft sekadar mengatakan adalah sehingga 20 jam tontonan video atau 12 jam melayari web. Sistem operasi yang digunakan ialah Windows 11 Pro dengan beberapa perisian Microsoft disertakan secara terpasang. Pratempahan telah dibuka di beberapa pasaran dengan Surface Laptop 5G dijual pada harga bermula $1,799 (~RM 7603) sebuah.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.