Malaysia Oversight

LHDN Terbit Garis Panduan Cukai Yang Perlu Dibayar Pempengaruh Media Sosial Malaysia

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 2 minute
LHDN Terbit Garis Panduan Cukai Yang Perlu Dibayar Pempengaruh Media Sosial Malaysia


LHDN Terbit Garis Panduan Cukai Yang Perlu Dibayar Pempengaruh Media Sosial Malaysia

January 21, 2026
Web 2.0

Effi Saharudin

Pempengaruh media sosial atau influencer ialah kerjaya yang baru sahaja wujud sekitar 15 tahun lalu bermula dengan era blogger kemudian menjadi vlogger sebelum ini dalam pelbagai bentuk di pelbagai media sosial. Ramai ingin menjadikan pempengaruh sebagai kerjaya kerana dicandu oleh mimpi indah menerima bayaran tinggi dengan kerja yang dilihat mudah.

Dengan semua orang kini ingin menjadi pempengaruh, Lembaga Hasil Dalam Negari (LHDN) telah menerbitkan garis panduan terperinci cukai-cukai yang perlu dibayar pempengaruh media sosial. Dua tahun lalu LHDN mengesakan kadar pembayaran cukai dalam kalangan pempengaruh di Malaysia adalah masih rendah.

Cukai Pendapatan Atas Talian 1

Pertama sekali pempengaruh diiktiraf sebagai satu kerjaya profesional dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu pempengaruh Individu dan pempengaruh berasaskan objek. Pempengaruh individu ialah sesiapa sahaja seperti artis, ahli sukan, profesional, atau suri rumah yang menggunakan media sosial untuk mempengaruhi pengikut.

Pempengaruh berasaskan objek ialah seperti watak animasi (seperti Mechamato), watak filem, atau maskot yang mempunyai akaun media sosial sendiri yang menjana pendapatan. Ini juga terguna pakai pada pempengaruh maya dijana kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin popular menjadi duta produk.

Pendapatan yang perlu diisytiharkan untuk dikenakan cuai pula adalah bayaran platform seperti diterima di YouTube atau Google AdSense. Pempengaruh turut perlu mengisytiharkan bayaran untuk mempromosikan produk atau ulasan berbayar termasuk bayaran dalam bentuk bukan tunai seperti barang tajaan, perkhidmatan percuma, baucar, atau diskaun yang diterima sebai ganti wang ringgit.

Hasil jualan produk fizikal dan digital serta penjualan akaun media sosial juga akan dikenakan cukai. Disamping itu bayaran untuk penampilan di acara, royalti watak, atau menjadi juri/peserta program turut perlu diisytiharkan oleh pempengaruh kepada LHDN.

Pempengaruh walau bagaimanapun layak menerima penolakan cukai untuk perbelanjaan digunakan untuk menghasilkan pendapatan seperti untuk kos berkaitan penerbitan seperti bayaran internet dan krew produksi. Seperti cukai lain, semua dokumen pendapatan dan perbelanjaan mesti disimpan selama tujuh (7) tahun untuk tujuan audit.

Dengan garis panduan yang terperinci ini, pempengaruh tidak lagi boleh menggunakan alasan tidak tahu, tidak jelas atau mencari lubang gelung untuk mengelak membayar cukai pendapatan.



Source link