Malaysia Oversight

Ryt Bank Menambah Sokongan Untuk Google Wallet

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
Ryt Bank Menambah Sokongan Untuk Google Wallet


Ryt Bank kini menjadi antara bank digital yang menawarkan sokongan untuk Google Wallet, membolehkan para pengguna untuk menambah kad Visa Debit keluaran Ryt Bank ke Google Wallet, dan seterusnya menggunakan ia dalam pembayaran terus melalui telefon pintar.

RytBank Android

Selain Ryt Bank, satu lagi bank digital yang menyokong Google Wallet adalah Boost Bank. Bank lain yang menyokongnya adalah termasuk Affin Bank, Alliance Bank, Bank , Bank Muamalat, CIMB, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Public Bank, RHB Bank, Standard Chartered, dan juga sokongan kepada Wise dan Airwallex.

Dengan Google Wallet, anda boleh menggunakan telefon Android yang dilengkapi NFC, dan menyentuhnya pada terminal pembayaran di kedai. Ini sekaligus memudahkan lagi urusan pembayaran di kedai fizikal tanpa perlu mengeluarkan dompet.

Untuk makluman, Ryt Bank adalah bank tidak patuh syariah. Sebelum ini, ia dipasarkan sebagai bank digital pertama yang hadir dengan sokongan AI, memudahkan anda melakukan transaksi daripada antaramuka berbentuk perbualan (chat).



Source link