Aplikasi sehenti perkhidmatan kerajaan Malaysia, MyGov telah diperkenalkan dalam fasa ujian pada awal tahun lepas, dan sudah tersedia dimuat-turun dan digunakan dalam fasa beta pada perengahan tahun lepas.
Hari ini, pihak Kementerian Digital telah mengumumkan bahawa aplikasi MyGov kini telah mencatatkan lebih satu juta muat-turun sejak ia diperkenalkan, mencerminkan kehendak rakyat Malaysia untuk satu aplikasi yang merumahkan kepelbagaian perkhidmatan kerajaan yang ditawarkan.

Setakat ini, MyGOV Malaysia menyediakan 38 perkhidmatan yang melibatkan 13 agensi kerajaan, merangkumi fungsi semakan serta penyediaan pautan terus ke perkhidmatan kerajaan berkaitan. Proses
integrasi ini dilaksanakan secara berterusan dan berfasa, dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan berimpak tinggi dan kerap digunakan, termasuk urusan permohonan serta pembayaran.
Kementerian Digital akan melaksanakan program “Citizen Labs” di seluruh negara sebagai platform libat urus yang inklusif. Melalui pendekatan ini, rakyat berpeluang memberikan maklum balas secara langsung dan terlibat dalam proses penciptaan bersama (co-creation) bagi memastikan MyGOV Malaysia sentiasa
relevan dengan keperluan semasa pengguna.

Dalam pada itu, Kementerian Digital juga sedang meneroka keupayaan AI Agentik (Agentic AI) bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Inisiatif ini bertujuan untuk membolehkan aplikasi berfungsi secara lebih pintar dan proaktif, sekali gus membantu pengguna mengguna perkhidmatan dengan lebih lancar serta mengurangkan kerumitan urusan birokrasi digital.





