Malaysia Oversight

Peminat Diberikan Akses Awal GTA 6 Sebagai Permintaan Akhir Sebelum Mati

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
Peminat Diberikan Akses Awal GTA 6 Sebagai Permintaan Akhir Sebelum Mati


Peminat Diberikan Akses Awal GTA 6 Sebagai Permintaan Akhir Sebelum Mati

January 20, 2026
e-Permainan

Effi Saharudin

Hanya dua benda yang pasti di dunia ini iaitu kawan baik anda akan membatalkan janji di saat akhir (FFK) sekurang-kurangnya sekali dan menghadapi mati. Kita tidak boleh lari daripada nasib yang telah ditulis di lauhulmahfudz semasa dunia dibentuk oleh Allah yang maha esa. Bagi yang menghadapi kematian, terdapat banyak perkara yang ingin dilakukan di saat akhir. Seorang peminat siri Grand Theft Auto di Kanada pula ingin memainkan GTA 6 sekali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

GTA VI Grand Theft Auto 6

Nama peminat ini dirahsiakan dengan hasrat beliau dipenuhi menerusi bantuan CEO Take-Two sendiri. Beliau hanya diberikan tempoh 6-12 bulan sahaja lagi untuk hidup disebabkan penyakit yang dihidapi. Seperti yang diketahui semua, GTA 6 sudah beberapa kali ditangguh dengan ia kini akan dilancarkan pada 19 November 2026 berbanding sasaran asal hujung tahun lalu.

Ini kali kedua Take Two dan Rockstar memberikan akses awal kepada peminat yang sakit tenat. Pada tahu 2018, seorang peminat yang sakit tenat dibenarkan bermain Red Dead Redemption 2 beberapa minggu lebih awal.

PC Gamer



Source link