Malaysia Oversight

Video YouTube Yang Menyentuh Topik Kontroversi Kini Boleh Menjana Pendapatan

By Amanz in January 19, 2026 – Reading time 1 minute
Video YouTube Yang Menyentuh Topik Kontroversi Kini Boleh Menjana Pendapatan


Video YouTube Yang Menyentuh Topik Kontroversi Kini Boleh Menjana Pendapatan

January 19, 2026
Google
Penstriman

Effi Saharudin

Disebabkan Adpocalypse pada tahun 2017, YouTube mengemaskini garis panduan kandungan video yang boleh menjana pendapatan pengiklanan menerusi platform mereka. Video yang menyentuh topik yang dilabel kontroversi tidak boleh menjana pendapatan menyebabkan saluran terpaksa ditutup atau pengkarya terpaksa menggunakan terma alternatif “unalived” dan “grape” apabila cuba membincangkan topik-topik sensitif.

YouTube Demonitised

Hujung minggu lalu YouTube telah mengemaskini garis panduan yang membenarkan video isu-isu kontroversi menjana pendapatan asalkan didramatikkan dan tidak membincangkannya dengan terperinci. Kes pembunuhan misalnya boleh diceritakan tetapi tidak menunjukkan gambar mangsa atau bagaimana jenayah dilakukan secara terperinci.

Sungguhpun begitu kandungan yang menyentuh topik penderaan kanak-kanak atau penyakit gangguan pemakanan seperti anoreksia misalnya masih tidak dibenarkan menjadi pendapatan menerusi pengiklanan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link