Mijia Smart Air Purifier Max Dilancarkan Di Malaysia – Harga RM2799
Amy Maizuraa
Mijia Smart Air Purifier Max dilancarkan di Malaysia pada hari ini dengan harga RM2799. Penapis udara ini dilengkapi dengan dua kipas dan dua penapis yang berupaya menghasilkan 1006.5 m³/j CADR zarah. Dengan kuasa ini, ia mampu membersihkan bilik bersaiz 10㎡ dalam tempoh hanya 1.6 minit.

Selain itu, ia mempunyai sistem penapis empat lapisan yang terdiri daripada penapis utama, penapis berkecekapan tinggi, penapis karbon premium dan penapis UVC. Ia turut mengandungi 300,000mg karbon premium yang dapat menyingkirkan sehingga 99% bahan kimia berbahaya seperti formaldehid dan toluena, serta menyerap bau rumah seperti bau haiwan peliharaan dan asap rokok.

Penapis udara ini juga dilengkapi dengan dua modul UVC terbina yang berupaya membasmi sehingga 99.9% bakteria dan virus termasuk H1N1, E. coli serta S. aureus dalam tempoh 1 jam. Selain itu, ia mempunyai enam sensor terbina yang berfungsi memantau tahap suhu, kelembapan dan formaldehid, lalu memberikan pengguna maklumat menyeluruh tentang kualiti udara di dalam rumah.

Penapis udara ini turut diperakui SGS untuk penyingkiran pencetus alahan dan berkesan menghapuskan debunga, bulu kucing, bulu anjing, habuk serta kulat. Mijia Smart Air Purifier Max kini dijual di Malaysia pada harga RM2,799 dengan harga promosi RM1,799 untuk tempoh terhad.






