Malaysia Oversight

Apple, Qualcomm Terkesan Dengan Permintaan Kain Gentian Kaca Yang Semakin Tinggi

By Amanz in January 14, 2026 – Reading time 2 minute
Apple, Qualcomm Terkesan Dengan Permintaan Kain Gentian Kaca Yang Semakin Tinggi



image 45

, Qualcomm Terkesan Dengan Permintaan Kain Gentian Kaca Yang Semakin Tinggi

January 14, 2026
Lain-lain

Nazrin

Jika anda ingat permintaan komponen cip semikonduktor seperti DRAM dan NAND untuk memori dan storan adalah satu-satunya isu yang membelenggu dunia teknologi pengguna sekarang, ia telah dilaporkan bahawa syarikat-syarikat seperti dan Qualcomm yang merekacipta cip pemprosesan mereka sendiri kini juga sedang menghadapi isu yang cukup kritikal.

Komponen glass cloth fiber ataupun kain gentian kaca ialah salah satu daripada blok binaan sebuah cip pemprosesan yang penting untuk sifat-sifatnya, termasuklah kestabilan dimensi, ketegaran dan keupayaan untuk memudahkan penghantaran data berkelajuan tinggi.

Kini, syarikat-syarikat seperti NVIDIA, Google dan Amazon juga sudah mula memesan bahan ini pada jumlah yang sangat tinggi untuk cip-cip kecerdasan buatan mereka, dan ini menyebabkan pereka cip peranti pengguna seperti dan Qualcomm juga terpaksa berhempas-pulas untuk memastikan bahawa mereka mempunyai stok yang mencukupi.

Mengeruhkan keadaan lagi ialah satu-satunya syarikat yang membuat komponen kain gentian kaca pada kualiti yang boleh digunakan dalam pembinaan sebuah cip pemprosesan ialah sebuah syarikat dari Jepun yang bernama Nitto Boseki.

Syarikat tersebut dilaporkan baru-baru ini telah menerima lawatan daripada syarikat-syarikat seperti Apple, AMD dan NVIDIA, tetapi nampaknya ia tidak membuahkan apa-apa hasil kerana syarikat tersebut berkata mereka sudahpun beroperasi pada tahap maksima, dan tidak boleh menerima permintaan tambahan.

Untuk digunakan sebagai sebahagian daripad lapisan substrat sebuah cip pemprosesan, kain gentian kaca ini perlu hadir dengan diameter lebih kecil daripada sehelai rambut, mempunyai lengkok bulat yang sempurna dan tidak mempunyai gelembung udara langsung didalamnya.

Syarikat-syarikat seperti Apple dilaporkan telah berpaling kepada beberapa syarikat lain seperti Taiwan Glass, Taishan Fiberglass dan Grace Fabric, tetapi isu terbesar ialah untuk memastikan bahawa kualiti gentian kaca yang dihasilkan adalah cukup baik untuk digunakan dalam cip pemprosesan Apple M mereka. Untuk ini, Apple nampaknya telah membawa masuk beberapa jurutera mereka untuk membantu meningkatkan kualiti dan output gentian kaca yang dihasilkan.

Setakat ini Apple dan Qualcomm belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kesukaran untuk menghasilkan komponen cip pemprosesan mereka, tetapi jika laporan ini boleh dilihat tanda awal bahawa syarikat pembuat komponen pengguna semakin tertekan dengan permintaan industri AI ini.

Nikkei Asia



Source link