Malaysia Oversight

CoinGekco Dilapor Sedang Mencari Pembeli Pada Nilai Sekitar $500 Juta

By Amanz in January 14, 2026 – Reading time 1 minute
CoinGekco Dilapor Sedang Mencari Pembeli Pada Nilai Sekitar $500 Juta


CoinGekco Dilapor Sedang Mencari Pembeli Pada Nilai Sekitar $500 Juta

January 13, 2026
Rantaian Blok

Aman

CoinGecko merupakan salah satu platform terkemuka melibatkan data bagi kriptowang. Ramai yang melakukan rujukan terhadapnya dalam mendapatkan maklumat dan data terkini melibatkan pergerakkan dan perkembangan kriptowang.

CoinGecko 2025

Menurut CoinDesk, syarikat yang berpusat di Malaysia ini sedang mencari pembeli untuk mengambil-alih syarikat mereka. Ia dikatakan CoinGekco sedang melihat kepada nilai jualan sekitar $500 juta. Untuk tujuan berkenaan, CoinGekco dikatakan telah melantik Moelis. Untuk perbandingan, sebelum ini pada 2020 yang lepas, Binance telah mengambil-alih sebuah syarikat memfokuskan data kriptowang juga, iaitu CoinMarketCap pada nilai mencapai $400 juta.

Kebelakngan ini juga, arena kriptowang sedia menerima perhatian ramai, apatah lagi dengan pentadbiran Amerika Syarikat yang dilihat lebih positif dalam menyokongnya. Ini juga secara tidak langsung membawa kepada penggunaan lebih ramai, dan membawa kepada nilai syarikat CoinGekco yang lebih tinggi.

Sebelum ini, pada Ogos 2025 lepas, CoinGecko telah melantik CEO baharu dalam nenerajui syarikat berkenaan.



Source link