Microsoft Menamatkan Sokongan Untuk Aplikasi Microsoft Lens
January 13, 2026
Microsoft
Aman
Microsoft sebelum ini sedia menawarkan aplikasi dinamakan Office Lens yang memudahkan pengguna dalam mengimbas dokumen menggunakan kamera telefon dan menyimpannya dalam bentuk PDF. Aplikasi ini kemudiannya dijenamakan semula sebagai Microsoft Lens.

Kini, Microsoft mengumumkan penamatan sokongan untuk aplikasi Microsoft Lens ini untuk pengguna iOS dan juga Android. Pengguna masih boleh menggunakan aplikasi berkenaan sehingga 9 Mac 2026, dan ia akan berhenti beroperasi selepas itu.
Sebagai alternatif untuknya, pengguna digalakkan beralih ke aplikasi OneDrive yang turut mempunyai ciri imbasan dokumen menggunakan kamera peranti.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





