Apple Dan Google Umum Kerjasama – Siri Dan Apple Intelligence Akan Dikuasakan Model Berasaskan Google Gemini
Aman
Apple dan Google hari ini mengumumkan kerjasama strategik, dan mengumumkan Apple Foundation Model akan berasaskan kepada teknologi Google Gemini. Model ini akan digunakan oleh Apple dalam menguasakan Apple Intelligence dan juga Siri generasi baharu yang dijangka diperkenalkan pada tahun 2026 ini.

Apple dilihat memilih teknologi AI oleh Google selepas melakukan penilaian menyeluruh, melihat kepada keupayaan dan lain-lain. Ia turut ditekankan yang mana Apple Intelligence akan beroperasi pada peranti Apple melalui Private Cloud Compute, dan terus menekankan kepada sokongan privasi.
Apple sebelum ini telah mengumumkan Apple Intelligence dan juga Siri generasi baharu sekitar dua tahun lepas. Namun, mereka menghadapi cabaran teknikal dan menangguhkan pengenalannya. Kini, selepas dua tahun, nampaknya Apple memilih Google dalam menguasakan sokongan teknologi kecerdasan buatan, sekaligus membolehkan pelbagai ciri baharu pada Apple Intelligence dan Siri dijayakand an diperkenalkan kepada pengguna.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah perkara baharu yang akan dibawakan oleh Apple melalui model berasaskan Google Gemini ini.






