Meta Melantik Connor Hayes Untuk Mengetuai Threads Menggantikan Adam Mosseri
July 18, 2025
•
Effi Saharudin
Sejak Threads dilancarkan dua tahun lalu ia diketuai oleh Adam Mosseri yang juga merupakan ketua Instagram. Hari ini Mosseri telah digantikan oleh Connor Hayes yang dahulunya mengetuai pasukan AI generatif di Meta.

Beliau akan menggantikan Mosseri secara rasmi bermula September depan. Dalam memo yang dikongsi kepada kakitangan, Mosseri mengatakan Threads kini semakin matang dan oleh itu memerlukan memimpin aplikasi khusus yang boleh memfokuskan sepenuh masa memajukan lagi aplikasi.
Pelantikan Hayes dilihat sebagai petanda awal Meta akan memperkenalkan pelbagai ciri AI generatif di Threads. Mark Zuckerberg minggu ini mengumumkan Meta akan melaburkan ratusan bilion membina pusat data dan ratusan juta bagi memancing kakitangan pesaing bagi menjayakan Meta Intelligence Labs. Kami meramalkan kelak Meta AI akan ditawarkan di Threads dengan ciri mirip dengan Grok di X.
Jumlah pengguna harian Threads kini semakin menghampiri angka X yang merupakan pesaing terdekatnya. Isu dengan pemilik dan kandungan di X menjadi sebab ramai melompat ke platform lain.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.