Malaysia Oversight

Perlawanan Piala Dunia 2026 Akan Distrim Secara Langsung Di TikTok

By Amanz in January 9, 2026 – Reading time 1 minute
Perlawanan Piala Dunia 2026 Akan Distrim Secara Langsung Di TikTok


Perlawanan Piala Dunia 2026 Akan Distrim Secara Langsung Di TikTok

January 9, 2026
Penstriman

Effi Saharudin

Semasa pakcik masih muda belia, berlutut teguh dan BMI sihat dahulu, perlawanan Piala Dunia hanya boleh ditonton menerusi RTM atau TVw3. Kemudiannya ia ditawarkan menerusi aplikasi penstriman Astro dengan bayaran langganan. Di Piala Dunia 2026 tahun ini, perlawanan akan distrim secara langsung pula menerusi TikTok.

FIFA World Cup Piala Dunia 2026 TikTok

FIFA menandatangani persetujuan menjadikan TikTok sebagai Platform Pilihan Piala Dunia 2026. Menerusinya pempengaruh TikTok diberikan kebenaran menstrim sesetengah permainan secara langsung di TikTok. Mereka juga diberikan akses melihat sesi latihan, menghadiri sidang media dan menggunakan arkib FIFA bagi menghasilkan kandungan untuk tontonan pengikut.

Kepada syarikat penyiaran pula, pendapatan boleh dijana menggunakan kandungan Piala Dunia 2026 menerusi sistem iklan TikTok. Menerusi kerjasama ini FIFA ingin meneruskan kehangatan dan perbincangan perlawanan Piala Dunia selepas wisel masa tamat ditiupkan.

TikTok pula akan menggunakan sistem anti cetak rompak bagi memastikan harta intelek FIFA tidak akan disalahgunakan. Ini adalah kerjasama kedua FIFA dan TikTok selepas acara Piala Dunia Wanita 2023 yang berjaya mendapat berbilion strim menerusi platform video menegak ini.



Source link