Malaysia Oversight

Teknologi NVIDIA G-SYNC Pulsar Menghilangkan Kabur Pada Imej Bergerak

By Amanz in January 8, 2026 – Reading time 1 minute
Teknologi NVIDIA G-SYNC Pulsar Menghilangkan Kabur Pada Imej Bergerak


Teknologi NVIDIA G-SYNC Pulsar Menghilangkan Kabur Pada Imej Bergerak

January 8, 2026
NVIDIA

Effi Saharudin

Imej kabur (image blur) ialah isu yang sudah wujud untuk sekian lama dalam permainan video kerana kadar segar semula panel tidak selari dengan kadar bingkai permainan. Ia diselesaikan dengan teknologi VRR tetapi ini masih belum mencukupi untuk membanteras kekaburan imej. Di CES 2026, NVIDIA mengumumkan teknologi baharu G-SYNC Pulsar yang menjanjikan imej yang lebih tajam.

NVIDIA g sync pulsar B

G-SYNC Pulsar memberikan pengalaman sesi permainan yang lebih lancar dengan lampu belakang panel kini berkelip seakan lampu strob bagi mengelakkan imej dipaparkan kelihatan kabur. Menurut NVIDIA, walaupun lampu latar panel berkelip-kelip seperti nadi, mata manusia melihatnya sebagai kelihatan lebih jelas seakan panel 1000Hz.

NVIDIA g sync pulsar A

Serentak dengan pengenalan G-SYNC Pulsar, G-SYNC Ambient Adaptive Technology turut diumumkan. G-SYNC Ambient Adaptive Technology mengubah keterangan skrin dan juga suhu warna yang dipaparkan berdasarkan persekitaran bilik secara automatik menggunakan sensor cahaya terbina. Masalah sakit mata kerana cahaya terlalu terang di waktu malam dinoktahkan dengan G-SYNC Ambient Adaptive Technology.

Kedua-dua ciri baharu ini dibangunkan oleh NVIDIA menerusi MediaTek. Empat monitor baharu keluaran Acer, AOC, ASUS dan MSI menyokong kedua-dua ciri G-SYNC Pulsar dan G-SYNC Ambient Adaptive Technology sudahpun mula dijual di beberapa pasaran sejak semalam.



Source link