Malaysia Oversight

MSI Mengemaskini Siri Komputer Riba Gaming Mereka Dengan Komponen Terbaru

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 2 minute
MSI Mengemaskini Siri Komputer Riba Gaming Mereka Dengan Komponen Terbaru


MSI Mengemaskini Siri Komputer Riba Gaming Mereka Dengan Komponen Terbaru

January 7, 2026
MSI

Nazrin

Selain daripada komponen komputer desktop, MSI juga adalah salah satu jenama pembuat komputer riba gaming yang terkemuka. Di acara CES 2026, mereka telah mengemaskini sejumlah penawaran siri komputer riba gaming mereka dengan komponen-komponen dalaman baru.

Bermula dengan MSI Raider 16 Max HX dan MSI Raider 16 HX, kedua-dua komputer riba ini merupakan komputer riba gaming paling berkuasa keluaran mereka. MSI Raider 16 Max HX khususnya merupakan komputer riba pertama mereka yang hadir dengan penggunaan kuasa keseluruhan setinggi 300W, menggabungkan siri cip pemprosesan Intel Core 200 HX (125W) dengan pilihan gabungan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 ataupun NVIDIA GeForce RTX 5080 (sehingga 175W).

image 31

Kedua-dua komputer riba ini juga hadir dengan paparan OLED bersaiz 16 inci dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 240Hz dan dimuatkan dengan teknologi DisplayHDR True Black 1000 yang bukan sahaja menjanjikan paparan yang cerah tetapi olahan warna yang jitu, sesuai untuk sesi gaming dan tontonan filem dan siri televisyen kegemaran pada platform penstriman kegemaran anda.

Menyejukkan komponen-komponen komputer riba ini ialah sistem penyejukan Cooler Boost Trinity with Intra Flow yang menggunakan tiga buah kipas dalaman, enam paip haba dan lima ruang aliran udara dengan phase-change thermal paste yang membantu mengalirkan haba dari komponen ke luar komputer riba.

Komputer riba ini juga hadir dengan panel quick-access di bahagian bawah yang membolehkan pengguna untuk mengakses komponen seperti memori dan storan dengan cepat.

image 30

Beralih kepada MSI Stealth 16 AI+, komputer riba ini sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah komputer riba yang mempunyai rekaan minimalis tetapi spesifikasi yang berkuasa. Ia hadir dengan gabungan spesifikasi Intel Core Ultra Series 3 terbaru bersama-sama siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 yang dirumahkan dalam rangka yang diperbuat daripada logam aluminum yang senipis 16.6mm dan berat kurang daripada 2kg.

Ia turut merumahkan sistem penyejukan MSI CoolerBoost Trinity with Intra Flow sama seperti apa yang diperlihatkan pada komputer riba MSI Raider 16 Max HX untuk penyejukan komponen yang terbaik.

Walaupun dengan rangka nipis ini, MSI Stealth 16 AI+ merumahkan bateri sebesar 90WHr yang membolehkannya digerakkan untuk beberapa jam, dan sejumlah palam input dan output seperti dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1 dan satu palam RJ-45 Cat 5 untuk sambungan internet berwayar.

Dari segi sambungan nirwayar pula, kedua-dua komputer riba ini menyokong sambungan nirwayar WiFi 7 untuk sambungan internet nirwayar yang terpantas. MSI Raider 16 Max HX menyokong sambungan nirwayar Bluetooth 5.4 manakala MSI Stealth 16 AI+ menyokong teknologi Bluetooth 6.0 yang terbaru.

Buat masa ini MSI masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan melancarkan komputer-komputer riba ini dan juga tanda harganya.

MSI



Source link