ASUS ProArt PX13 Baharu Dilancarkan Dengan Edisi GoPro Edition Yang Tahan Lasak
Effi Saharudin
ASUS ProArt PX13 2026 baharu dilancarkan pagi ini dengan ia adalah sebuah komputer riba yang tahan lasak tetapi pada waktu yang sama cukup berkuasa untuk melakukan tugasan menghasilkan kandungan 3D dan suntingan video 8K.

Ia hadir dengan skrin sesentuh 13.3 inci OLED 3K ASUS Lumina dan turut menyokong stylus serta ASUS DialPad bagi memudahkan proses suntingan video. Skrin boleh diputarkan 360 darjah untuk menggunakan komputer riba seperti sebuah tablet.
Ini dipadankan pula dengan AMD Ryzen AI Max+ 395, memori 128GB LPDDR5X RAM, storan 1 TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD, dan bateri 73 Wh (4 sel). Pilihan I/O pula adalah 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A (10Gbps), 2x USB 4.0 Gen 3 Type-C (40Gbps), 1x HDMI 2.1 FRL, 1x bicu audio 3.5mm dan pembaca kad microSD 4.0. Kesemuanya dimasukkan ke dalam kerangka setebal 15.8mm, hanya seberat 1.39 kilogram dan melepasi piawaian tahan lasak MIL-STD-810H.

Turut diumumkan ialah ASUS ProArt GoPro Edition yang merupakan edisi khusus ASUS ProArt PX13 dengan butang khas GoPro Hotkey yang apabila ditekan akan mengakses ciri GoPro Cloud atau GoPro Player. Menerusi sokongan StoryCube pula, kandungan video daripada kamera dapat dipindahkan dengan mudah ke komputer riba untuk melakukan suntingan,
Satu lagi ciri unik ialah ASUS ProArt GoPro Edition hadir dengan tempat simpanan tahan lasak yang melepasi piawaian MIL-STD-810H. Busa dalam tempat simpanan ini memastikan komputer riba kekal selamat walaupun ia jatuh terhentak. Harga jualan belum lagi diumumkan






