Sony sedia membentuk syarikat usahasama dengan Honda, iaitu Sony Honda Mobility. Dibawahnya, sebelum ini beberapa model kenderaan prototaip telah diperkenalkan, dinamakan Afeela.
Pada acara CES 2026 tahun ini, Sony Honda Mobility terus memperlihatkan satu lagi kereta elektrik prototaip dibawah jenama Afeela. Ia merupakan variasi Afeela 1 dengan sejumlah perubahan pada rekaan, termasuk pada bahagian dalaman.

Ia juga disahkan yang mana Sony Honda Mobility akan mula menjual kenderaan elektrik pertama mereka pada tahun ini, bermula di Amerika Syarikat. Afeela 1 berkenaan dijangka berharga sekitar $90,000 iaitu sekitar RM365,000. Tidak diketahui lagi sama ada pihak Sony Honda Mobility akan menambah-baik dan mengubah spesifikasi yang ditawarkan berbanding prototaip awal beberapa tahun lepas.
Selain pada pemanduan, Sony Honda Mobility juga dijangka akan memfokuskan kepada ciri dalaman, terutamanya inforia dan hiburan dalam kenderaan dalam menarik para pembeli mendapatkan kenderaan berkenaan.






