Malaysia Oversight

HUAWEI MatePad 12 X Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2499

By Amanz in January 6, 2026 – Reading time 2 minute
HUAWEI MatePad 12 X Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2499


Huawei Malaysia hari ini memperkenalkan HUAWEI MatePad 12 X, sebuah tablet generasi terkini yang direka untuk memenuhi keperluan produktiviti tinggi, kreativiti, dan hiburan harian pengguna moden. Sesuai untuk semua jenis golongan pengguna seperti pelajar mahupun professional yang mencari satu tablet yang pintar dan boleh bawa kemana-mana sahaja.

HUAWEI MatePad 12 X menampilkan paparan PaperMatte 12 inci beresolusi 2.8K dengan peak brightness 1000 nitsdan kadar segar semula 144 Hz yang responsif — sesuai untuk kerja kreatif, pembelajaran dan tontonan media. Paparan ini juga direka untuk mengurangkan silau dan tekanan pada mata, dengan teknologi khas yang menjadikannya selesa untuk penggunaan jangka panjang.

WhatsApp Image 2026 01 06 at 15.01.07 3

Peranti ini dibina dengan badan logam halus yang ramping dengan ketebalan hanya 5.9 mm dan berat sekitar 555 gram, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja tanpa mengorbankan gaya dan ketahanan.

WhatsApp Image 2026 01 06 at 15.01.09

Huawei menyertakan PC-level WPS Office, yang membawa antaramuka serupa komputer terus ke tablet anda bagi kerja dokumen, hamparan, dan persembahan. HUAWEI Notes pula membolehkan pengguna mencatat nota, mengurus fail PDF, dan menggunakan alat pintar seperti lasso tool dan Note Replay untuk meningkatkan kreativiti dan produktiviti harian. 

WhatsApp Image 2026 01 06 at 15.19.49

Tablet ini turut menyokong aplikasi GoPaint dengan lebih 150 jenis berus, tekstur realistik dan enjin lukisan profesional — ideal untuk artis digital dan pengguna yang gemar melukis atau mereka bentuk secara kreatif. 

Dua aksesori utama yang disokong ialah HUAWEI M-Pencil (Gen ke-3) dengan teknologi NearLink untuk pengalaman menulis dan melukis yang responsif, serta HUAWEI Smart Magnetic Keyboard yang ringan untuk kerja menaip dan produktiviti seperti komputer riba.

WhatsApp Image 2026 01 06 at 15.01.07

MatePad 12 X dibekalkan bateri besar 10,100 mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W SuperCharge, memberikan masa penggunaan yang panjang tanpa perlu risaukan tentang masa pengecasan yang lama.

WhatsApp Image 2026 01 06 at 15.01.07 2

Untuk hiburan audio, tablet ini dilengkapi sistem HUAWEI SOUND dengan enam pembesar suara dan teknologi spatial audio, memberikan pengalaman bunyi yang imersif semasa menonton filem atau mendengar muzik.

WhatsApp Image 2026 01 06 at 15.01.09 2
WhatsApp Image 2026 01 06 at 15.01.05

HUAWEI MatePad 12 X ini boleh didapatkan pada harga RM2499 sementara HUAWEI M-Pencil Pro berharga RM599. Untuk tempoh pra-tempah, setiap pembelian HUAWEI MatePad 12 X anda boleh dapat hadiah eksklusif bernilai RM1047 seperti HUAWEI M-Pencil Pro, Tetikus Bluetooth dan PC-Level WPS Office 3.0 secara percuma.



Source link