Malaysia Oversight

Pengasas Bersama SEGA Meninggal Dunia

By Amanz in January 6, 2026 – Reading time 1 minute
Pengasas Bersama SEGA Meninggal Dunia


SEGA Enterprises suatu ketika dahulu ialah syarikat yang sangat sinonim dengan mesin arked dan konsol di rumah. Ia adalah hasil gabungan syarikat Rosen Enterprises dan Nihon Goraku Bussan pada tahun 1965. Pada 25 Disember lalu pengasas Rosen Enterprises, David Rosen meninggal dunia pada usia 95 dengan kematian beliau baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu.

David Rosen Sega

David Rosen bertugas sebagai pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Selepas bersara, beliau menubuhkan Rosen Enterprises pada 1954 di Jepun untuk mengeksport lukisan sebelum ia mengimport permainan arked dan Amerika ke pasaran Jepun.

Selepas Rosen Enterprises dan Nihon Goraku Bussan digabungkan, nama SEGA Enterprises digunakan dengan SEGA ialah singkatan untuk SErvices GAmes Japan yang merupakan nama digunakan Nihon Goraku Bussan untuk menjual permainan arked awal di Jepun. Rosen menjadi CEO dan presiden pertama SEGA Enterprises.

Di bawah pengurusan beliau, SEGA menjana nama besar dalam dunia permainan video arked dan konsol rumah pada dekad 80an dan 90an. SEGA mungkin tidak lagi segah Nintendo dan Sony dalam landskap permainan video semasa tetapi siri Sonic The Hedgehog, Virtua Fighter, Crazy Taxi, Yakuza dan Streets of Rage masih kekal ikonik.

RePlay Magazine



Source link