
Kajian Mendapati Lebih 20% Video Yang Dipertontonkan Kepada Pengguna YouTube Baharu Adalah Janaan AI
Aman
Sejak perkembangan penjanaan video menggunakan kecerdasan buatan, salah satu perkara yang kita turut dapat ilhat adalah lambakkan penerbitan kandungan janaan AI di platform sosial, termasuk di YouTube. Terbaru, mengikut sebuah kajian, lebih 20% kandungan video yang dipertontonkan oleh algoritma YouTube kepada pengguna baharu di platform tersebut adalah janaan AI.
Yang lebih menyedihkan adalah ia merupakan kandungan janaan AI berkualiti rendah, yang biasanya dihasilkan untuk mendapatkan kadar tontonan tinggi, seterusnya menjana pendapatan melalui YouTube.
Ia turut dianggarkan saluran yang menghasillkan kandungan janaan berkualiti rendah ini menghimpunkan sekitar 63 bilion tontonan, dan menjana sekitar $117 juta setahun.
Pelbagai platform kini menghadapi cabaran dalam mengawal kandungan janaan kecerdasan buatan. Malah, ketua Instagram sendiri menyatakan, ia lebih mudah untuk melabelkan kandungan yang dihasilkan manusia berbanding proses melabel kandungan janaan kecerdasan buatan.
Dengan permulaan tahun 2026 ini, ia dianggarkan kadar kandungan janaan AI ini akan meningkat lebih mendadak lagi pada platform sosial. Malah, sebelum ini, OpenAI dan Meta turut hadir dengan penawaran khusus untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan janaan AI.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






