Malaysia Oversight

Betty Boop, Pluto dan Nancy Drew Antara Karya Memasuki Domain Awam Pada Tahun 2026

By Amanz in December 30, 2025 – Reading time 1 minute
Betty Boop, Pluto dan Nancy Drew Antara Karya Memasuki Domain Awam Pada Tahun 2026


Tahun baru 2026 akan bermula sehari sahaja lagi dan seperti biasa, tanggal 1 Januari setiap tahun akan membuka pintu kepada watak komik, buku, muzik, filem dan pelbagai karya seni memasuki domain awam di Amerika Syarikat. Secara amnya ribuan karya yang diterbitkan pada tahun 1930 dan rakaman bunyi dari tahun 1925 secara rasmi kini bebas digunakan, dikongsi, diadaptasi dan dibina semula oleh sesiapa sahaja.

Domain Awam 2026

Watak komik yang memasuki domain awam ialah versi asal Betty Boop, anjing Pluto/Rover dan Blondie & Dagwood. Sembilan kartun pertama Mickey Mouse, dan 10 animasi Silly Symphonies yang diterbitkan Disney juga memasuki domain awam. Rekanan asal watak ikonik ini boleh digunakan tanpa perlu membayar pemegang hak cipta asal.

Bagi peminat buku pula antara yang menarik ialah As I Lay Dying oleh William Faulkner, The Maltese Falcon oleh Dashiell Hammett dan The Murder at the Vicarage oleh Agatha Christie yang merupakan novel pertama Miss Marple. Turut memasuki domain awam ialah empat novel pertama Nancy Drew dan buku Civilization and Its Discontents oleh Sigmund Freud.

Dalam kategori filem antara yang menarik dah kini milik domain awam ialah All Quiet on the Western Front, Cimarron, Hell’s Angels dan Murder! yang diarahkan oleh Alfred Hitchcock. Ini hanya senarai pendek karya-karya domain awam. Untuk melihat senarai lengkap sila ke pautan di bawah.

Duke Edu



Source link