Malaysia Oversight

100 Penemuan Teknologi dan Sains Yang Berlaku Sejak Tun Dr Mahathir Dilahirkan

By Amanz in July 11, 2025 – Reading time 5 minute
100 Penemuan Teknologi dan Sains Yang Berlaku Sejak Tun Dr Mahathir Dilahirkan


Sains

100 Penemuan Teknologi dan Sains Yang Berlaku Sejak Tun Dr Mahathir Dilahirkan

July 11, 2025

Effi Saharudin

Selamat hari jadi ke-100 kami ucapkan kepada mantan Perdana Menteri dua kali Tun Dr Mahathir Muhammad. Bapa Pemodenan, Automotif, dan Teknologi Maklumat Malaysia ini cukup terkenal dengan kejayaan beliau memajukan negara sejak pertama kali menjadi Perdana Menteri pada 1981 hingga 2003 dan kemudian dari 2018 hingga 2020. Sempena ulang tahun Tun Dr Mahathir yang ke-100, ini senarai 100 penemuan teknologi dan sains yang berlaku sejak beliau dilahirkan

Mahathir 100 tahun

1920-an

John Logie Baird Televisten TV
TV pertama
  • 1925: Kamera Leica I dilancarkan sebagai kamera 35mm pertama.
  • 1926: Televisyen pertama diperlihatkan oleh John Logie Baird.
  • 1927: Paru-paru besi dicipta Philip Drinker dan Louis Agassiz Shaw untuk membantu pesakit polio.
  • 1928: Penisilin ditemukan oleh Alexander Fleming. Antibiotik pertama.
  • 1929: Program televisyen pertama disiarkan oleh BBC

1930-an

Logo Nuklear Nuclear Radioactive
  • 1930: Paten untuk enjin jet difailkan Frank Whittle.
  • 1931: Mikroskop elektron dicipta oleh Ernst Ruska dan Max Knoll.
  • 1932: Neutron ditemukan oleh James Chadwick.
  • 1933: Radio FM dicipta Edwin Howard Armstrong.
  • 1934: Frédéric dan Irène Joliot-Curie menghasilkan keradioaktifan buatan.
  • 1935: Konsep Kucing Schrödinger diperkenalkan.
  • 1936: Harimau Tasmania pupus – kini sedang cuba dikembalikan semlua dengan pengklonan
  • 1937: Walkie Talkie dicipta Donald Hings membolehkan perhubungan jarak jauh nirwayar.
  • 1938: Otto Hahn dan Fritz Strassmann melakukan pembelahan nuklear.
  • 1939: Igor Sikorsky membangunkan VS-300 – helikopter praktikal pertama. Pesawat jet pertama Heinkel He 178 terbang pertama kali.

1940-an

Chuck Yeager Sound Barrier
Chuck Yeager
  • 1940: Plutonium disintesis pertama kali. Menjurus kepada penghasilan bom atom.
  • 1941: Zuse Z3 menjadi komputer pertama boleh diprogramkan.
  • 1942: Reaktor belahan nuklear pertama dicipta Enrico Fermi di Chicago.
  • 1943: Aqua-Lung dicipta Jacques Cousteau dan Émile Gagnan membolehkan menyelam SCUBA.
  • 1944: V-1 (peluru berpandu pertama) dan V-2 (peluru berpandu balistik) digunakan Jerman menyerang London.
  • 1945: Bom atom pertama diletupkan dalam ujian Trinity sebelum dijatuhkan di Hiroshima.
  • 1946: Ketuhar gelombang mikro dicipta Percy Spencer semasa menguji teknologi radar di Raytheon.
  • 1947: Chuck Yeager manusia pertama terbang lebih pantas daripada bunyi.
  • 1948: Kamera Polaroid pertama dilancarkan.
  • 1949: Teknik penentuan usia menggunakan karbon-14 dicipta Willard Libby.

1950-an

The New York Times SPUTNIK 1957
  • 1950: Kad kredit pertama dihasilkan oleh Diners Club.
  • 1951: EBR-I (Experimental Breeder Reactor I)- Reaktor nuklear pertama penghasil kuasa elektrik.
  • 1952: Vaksin polio pertama yang berkesan dibangunkan Jonas Salk dan kemudian diberikan percuma.
  • 1953: Buloh Perindu – filem Tanah Melayu berwarna pertama.
  • 1954: Pemindahan ginjal manusia ke manusia pertama kali dilakukan
  • 1955: Rekaan hoverkraf dipatenkan oleh Christopher Cockerell.
  • 1956: Fortran dicipta – bahasa pengaturcaraan aras tinggi pertama digunakan secara meluas.
  • 1957: Sputnik 1 dilancarkan – satelit buatan manusia pertama.
  • 1958: Mikrocip pertama dicipta Jack Kilby di Texas Instrument.
  • 1959: Bahasa pengaturcaraan COBOL (COmmon Business-Oriented Language) dicipta.

1960-an

Gordon Moore
  • 1960: Laser pertama dunia dicipta Theodore Maiman.
  • 1961: Yuri Gagarin menjadi manusia pertama ke angkasa lepas.
  • 1962: Telstar 1 dilancarkan – Satelit komunikasi pertama
  • 1963: Valentina Tereshkova menjadi wanita pertama ke angkasa lepas.
  • 1964: Tōkaidō Shinkansen beroperasi – kereta api halaju tinggi pertama dunia.
  • 1965: Hukum Moore dicipta oleh Gordon Moore, pengasas Intel.
  • 1966: Idea menghasilkan konsol permainan video di rumah diilhamkan Ralph H. Baer.
  • 1967: ATM pertama dipasang di Barclays Bank, London.
  • 1968: Douglas Engelbart menunjukkan tetikus komputer.
  • 1969: Manusia mendarat di bulan menerusi misi Apollo 11.

1970-an

Sony Walkman 40 tahun
Sony Walkman
  • 1970: Xerox Xerox PARC (Palo Alto Research Center) ditubuhkan.
  • 1971: Salyut 1 ialah stesen angkasa lepas pertama dunia.
  • 1972: Konsol permainan video pertama Magnavox Odyssey dilancarkan.
  • 1973: Panggilan awam pertama menggunakan telefon mudah alih dilakukan Martin Cooper.
  • 1974: Nehemiah Wall dicipta oleh Nehemiah Lee dan Eugene Oh yang merupakan rakyat Malaysia.
  • 1975: Kamera digital pertama dicipta oleh Steven Sasson di Kodak.
  • 1976: Computer ditubuhkan Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne.
  • 1977: Voyager 1 dan 2 dilancarkan. Objek buatan manusia paling jauh dari bumi.
  • 1978: Louise Joy Brown bayi tabung uji pertama dilahirkan di dunia.
  • 1979: Sony memperkenalkan Walkman.

1980-an

Proton Saga Mahathir 1985
  • 1980: Rangkaian komunikasi telefon selular pertama bermula di Jepun.
  • 1981: Penyakit Gay-Related Immune Deficiency (GRID) dikesan yang kini lebih dikenali sebagai AIDS.
  • 1981: Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri untuk kali pertama
  • 1982: Tun Mahathir menubuhkan Proton untuk melancarkan kereta pertama Malaysia.
  • 1983: Rangkaian selular pertama (1G) dilancarkan di Jepun oleh Nippon Telegraph and Telephone (NTT).
  • 1984: Macintosh dilancarkan. Komputer peribadi pertama dengan GUI dan tetikus.
  • 1985: Proton Saga dilancarkan sebagai kereta tempatan pertama.
  • 1986: Kapal angkasa Challenger meletup semasa dilancarkan.
  • 1987: Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) – rangkaian internet pertama Malaysia dilancarkan menyambungkan beberapa universiti tempatan.
  • 1988: Morris Worm – perisian hasad pertama disebarkan menggunakan internet.
  • 1989: Kertas cadangan pembentukan World Wide Web diterbitkan Tim Berners-Lee.

1990-an

000 SAHK990708596240
Gambar – (JIMIN LAI / AFP)
  • 1990: Adobe Photoshop 1.0 dilancarkan.
  • 1991: Jaringan Sejagat (World Wide Web) disediakan secara awam.
  • 1992: JARING (Joint Advanced Research Integrated Networking) dilancarkan – ISP pertama Malaysia.
  • 1993: World Wide Web dilancarkan.
  • 1994: Sony Playstation dilancarkan.
  • 1995: Windows 95 dilancarkan. OS pemacu penggunaan internet dunia.
  • 1996: Koridor Raya Multimedia (MSC) dilancarkan oleh Tun M.
  • 1997: IBM Deep Blue mengalahkan jaguh Garry Kasparov.
  • 1998: Google ditubuhkan oleh Larry Page dan Sergey Brin.
  • 1999: Litar Antarabangsa Sepang dibuka dan menjadi litar F1 sehingga 2017.

2000-an

Mahathir iPhone
  • 2000: Gangguan pepijat Y2K berjaya dielakkan.
  • 2001: memperkenalkan iPod yang mengubah nasib syarikat dan dunia muzik.
  • 2002: Mozilla Phoenix dilancarkan yang kemudiannya berubah menjadi Firefox.
  • 2003: Sistem operasi Android dicipta oleh Andy Rubin.
  • 2003: Tun Mahathir letak jawatan seperti Perdana Menteri
  • 2004: Facebook dilancarkan.
  • 2005: YouTube dilancarkan.
  • 2006: Twitter dilancarkan.
  • 2007: Apple memperkenalkan
  • 2008: Bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto sebagai mata wang kripto pertama dunia.
  • 2009: WHO mengumumkan selesema H1NI ialah pandemik.

2010-an

Mahathir VR
  • 2010: Apple melancarkan pula iPad memulakan era komputer tablet.
  • 2011: Steve Jobs meninggal dunia disebabkan kanser.
  • 2012: “Zarah Tuhan” Higgs Boson dikesan menggunakan Pelanggar Hadron Besar (LHC) di CERN.
  • 2013: Nokia diambil alih oleh Microsoft.
  • 2014: Facebook mengambil alih Oculus VR. Menanam benih pertama syarikat kemudiannya menjadi Meta.
  • 2015: Apple Watch dilancarkan. Produk kategori baharu pertama dilancarkan selepas kematian Steve Jobs.
  • 2016: AI Google DeepMind AlphaGo mengalahkan juara manusia. Petanda awal potensi DeepMind sebelum AI menjadi sebutan ramai.
  • 2017: Jerung Greenland ialah haiwan vertebrata tertua dunia – 512 tahun
  • 2018 – Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua
  • 2018: Bahasa Baru Telah Ditemui Di Bahasa Jedek.
  • 2019: Korea Selatan negara pertama melancarkan rangkaian 5G komersial.

2020-an

Mahathir Gambar
  • 2020: Pandemik Covid-19 mengubah dunia dan memacu teknologi mRNA.
  • 2020: Tun Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri kali kedua.
  • 2021: Teleskop Angkasa James Webb dilancarkan
  • 2022: Pelakuran nuklear dalam makmal berjaya dilakukan buat pertama kali.
  • 2023: Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia.
  • 2024: AI AlphaFold 3 oleh DeepMind meramal meramal struktur dan interaksi semua molekul kehidupan yang wujud.
  • 2025: Tun Dr Mahathir menjadi mantan Perdana Menteri tertua dalam sejarah Malaysia dan melihat usaha beliau selama berdekad lamanya mendatangkan impak sehingga sekarang.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link