Malaysia Oversight

10 Trend Teknologi Mengecewakan 2025

By Amanz in December 29, 2025 – Reading time 6 minute
10 Trend Teknologi Mengecewakan 2025


10 Trend Teknologi Mengecewakan 2025

December 29, 2025
Rangkuman

Effi Saharudin

Tahun ini melihat kecerdasan buatan menjadi tumpuan hampir semua syarikat. Volkswagen sanggup menutup kilang di Jerman pertama kali dalam tempoh 80 tahun semata-mata ingin terjun ke dalam arena AI. Semuanya mengejar trend dan tidak mahu ketinggalan walaupun sebenarnya tidak diperlukan. Tetapi ini bukan satu-satunya trend mengecewakan 2025. Di bawah ialah senarai 10 trend teknologi yang mengecewakan tahun ini.

10 Trend Teknologi Mengecewakan

1. Harga Langganan Meningkat Lagi

Duit Terbang

Harga langganan pelbagai perkhidmatan atas talian meningkat tahun ini. Disney+, Netflix, PC Game Pass, Spotify dan PlayStation Plus adalah antara yang meningkat tahun ini di Malaysia. Di luar negara perkhidmatan lain seperti TV juga dinaikkan dengan ia biasanya petanda ia akan dinaikkan juga di Malaysia dalam masa terdekat.

Nilai Ringgit yang semakin teguh berbanding Dollar diharapkan dapat mengurangkan harga langganan tetapi ini tidak berlaku. Kami tidak mempunyai memori harga langganan diturunkan walaupun ekonomi semakin baik. Maka tidak mengejutkan wujud laporan trafik perkhidmatan Torrent meningkat semula tahun ini kerana orang ramai sudah tidak mampu melanggar dengan perkhidmatan yang “halal”.


2. Spesifikasi Kitar Semula

Recycle Bin Windows 10

Saya mengacungkan jari telunjuk terus ke hidung Samsung untuk artikel ini kerana untuk empat tahun berturut-turut siri Galaxy S mereka sekadar menerima perubahan kecil pada spesifikasi perkakasan tetapi harga jualan meningkat. Saiz kamera, saiz bateri dan kelajuan sistem pengecasan statik jika dibandingkan dengan yang dilalukan Oppo, Honor, Vivo dan Huawei.

Jika anda mahukan inovasi, anda perlu memandang ke Shenzhen dan bukan la Seoul atau Cupertino. juga berdosa dalam hal ini dengan penawaran MacBook yang sekadar bertukar cip dengan yang lain sama sahaja seperti model yang dilancarkan tiga tahun lalu. Kami yakin ia akan berlaku lagi pada tahun 2026 kerana amalan kitar semula ini telah menular ke jenama lain khususnya pada peranti mampu milik.


3. Ekosistem 26

iOS iPadOS WatchOS macOS tvOS visionOS 26 LOGO

Apple menyeragamkan nombor versi sistem operasi mereka ke angka 26 tahun ini. Dengan Apple 26, bukan sahaja angka versi sistem operasi seragam, malahan antaramuka juga sama tanpa mengira peranti yang digunakan. Di atas kertas ini ialah idea bergeliga tetapi realitinya ia menyebabkan ramai pengguna tegar Apple merungut.

Liquid Glass membuatkan antaramuka lutsinar yang tidak serasi untuk semua aplikasi. Notifikasi sukar dibaca dan pada peranti yang sudah berusia seperti 14 dan MacBook Air M1 Pro yang saya gunakan, ia menyebabkan peranti terasa tidak lagi lancar. Dalam dirasakan ia tersekat-sekat yang sangatlah tidak Apple. macOS Tahoe 26 memberikan antaramuka seakan iPad pada iMac dan MacBook yang saya rasakan kurang sesuai untuk komputer. Ada sebab mengapa selama ini antaramuka iPad, dan Mac berbeza kerana cara penggunaannya berbeza.

Saya percaya Apple tidak akan kembali kepada era sebelum Liquid Glass. Bagi yang kurang selama dengannya seperti saya, tingkatkan kesabaran dan belajar untuk menggunakan antaramuka Apple 26 kerana alternatifnya ialah Windows 11 yang situasinya lebih menggerunkan.


4.AI Yang Dipaksa Pakai

AI Kecerdasan Buatan

Semua aplikasi, perisian dan perkakasan mempunyai AI terbina sama ada ada memerlukannya ataupun tidak. Microsoft Office kini mempunyai integrasi Copilot dan begitu juga di Notepad dan Paint. Aplikasi perbankan, penstriman muzik, media sosial dan seru pandu juga menggunakan AI. Ada yang ok tetapi banyak juga menimbulkan kemarahan.

Di Amerika Syarikat chatbot AI menyebabkan pengguna mengamuk kerana ia gagal mendengar keluhan pengguna. AI YouTube menggantung saluran kerana mengatakan mikrofon dalam podcast ialah pistol. Apabila rayuan dihantar, AI yang sama tidak bersetuju sehingga pengguna perlu menularkan isu ke media sosial sebelum manusia di YouTube menyedari masalah ini. AI yang dipaksa menyebabkan harga langganan meningkat seperti yang kami sebutkan di atas tadi. Ciri dipaksa, tak diminta, tidak digunakan tetapi masih perlu dibayar.

Di Windows 11 usaha Microsoft untuk memperkenalkan pelbagai ciri baharu mendatangkan masalah seperti prestasi gaming lebih rendah, Search perlahan, Taskbar lambat memaparkan kandungan dan Setting juga gagal berfungsi. Satya Nadella awal tahun ini mengatakan 30% kod Microsoft kini ditulis oleh AI. Ramai berpendapatan masalah yang dihadapi oleh Windows 11 sekarang adalah kerana kod ditulis AI masih belum sebaik kod yang ditulis oleh manusia.


5.Siri Google Pixel 10

Pixel10rewiew20

Entri khas untuk Google Pixel. Peranti yang lama dinantikan pengguna di Malaysia tetapi sebaik sahaja tiba ia menyebabkan kekecewaan. Tahun lalu kekecewaan tidak terlalu besar kerana kita masih di fasa bulan madu. Tahun ini kami kecewa kerana sekali lagi Tensor ialah cip kelas pertengahan yang digunakan pada peranti yang dijual pada harga mercu.

Prestasi grafik dalam pelbagai ujian adalah separuh Snapdragon 8 Elite dan satu pertiga Snapdragon 8 Elite Gen 5. Lebih memalukan harga jualan peranti dengan dua cip Snapdragon ini lebih murah berbanding siri Pixel 10 di Malaysia. Hanya peminat tegar akan menggunakan Pixel tetapi bagi pengguna lain, sukar untuk menyarankan pembeliannya.


6.Data Masih Tertiris Tanpa Hukuman

Privasi Data Telko Intipan

Data pengguna di Malaysia terus tertiris dan terus dijual di pasaran gelap. Beberapa kes ketirisan sebelum ini, tidak ada satu pihak pun didapati bersalah dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Pemilik perkhidmatan tidak diberikan insentif untuk menjadikan sistem lebih selamat jika dendanya kecil atau sekadar kena maki di media sosial. Ini berbeza dengan di EU dimana Meta perlu membayar berbilion dolar disebabkan skandal Cambridge Analytica beberapa tahun lalu.

Dengan data yang tertiris, rakyat Malaysia menjadi mangsa penyembelihan khinzir di atas talian dengan ada sahaja laporan kerugian ratusan ribu setiap minggu. bertukar, menteri bersilih ganti tetapi tahap keseriusan melindungi data peribadi rakyat Malaysia masih di takuk lama.


7.Panggilan Scam Meningkat

Daisy Virgin Media Scammer

Tahun ini jumlah panggilan scam meningkat. Dalam satu hari saya menerima sekurang-kurangnya satu dalam bentuk “panggilan senyap”. Sindiket penipuan yang terkini menggunakan taktik menanti anda bercakap untuk merakam suara sebelum kemudian menggunakan AI untuk mengklon suara. Ahli keluarga kemudiannya akan dihubungi untuk memindahkan wang.

Kenapa panggilan scam meningkat? Kerana masalah yang kami sentuh di atas tadi. Terlalu banyak data pengguna Malaysia dicuri, tertiris dan kemudiannya dijual ke pasaran web gelap. Walaupun setiap nombor telefon sepatutnya didaftarkan menggunakan MyKad, nombor telefon tempatan masih digunakan untuk tujuan penipuan.

Statistik yang diberikan PDRM menimbulkan kerisauan. Pada tahun 2024, jumlah panggilan scam adalah 82.81% lebih tinggi berbanding 2023. Sehingga Oktober 2025 47,000 kes panggilan scam dilaporkan berbanding 35,368 pada tahun 2024. Kami kini di tahap langsung tidak mengangkat panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali. Oleh itu kami berharap cadangan menghadkan pendaftaran 2 SIM sahaja untuk setiap MyKad akan dikuatkuasakan SKMM dalam masa terdekat.


8. Dibuang Kerja Kerana AI

AI Robot

Pasca pandemik ratusan ribu pekerja sektor ekonomi kehilangan kerja kerana dikatakan tidak lagi diperlukan kerana dunia kembali normal. Itu alasan dua tahun lalu. Tahun ini syarikat teknologi mencantas ratusan ribu lagi pekerja kerana penggunaan AI. PETRONAS, Intel, Indeed, Glassdoor, Microsoft, TikTok dan Amazon adalah antara syarikat yang mengaku mengurangkan tenaga pekerja kerana impak penggunaan AI di tempat kerja.

Tiga tahun lalu AI dijual sebagai alat melipat gandakan produktiviti tetapi kini menjadi pengganti manusia yang lebih murah, tidak merungut, tidak memerlukan cuti sakit, tak perlu potong KWSP dan boleh bekerja 24 jam sehari. Kami masih di gelombang pertama penggunaan AI. Di gelombang seterusnya tugas memandu, pekerja gudang dan pekerja kilang pula akan diancam AI yang digabungkan dengan robot humanoid.


10. 5G Malaysia Semakin Perlahan

5G Malaysia

Liputan rangkaian 5G di Malaysia sudah melebihi 80% tahun ini dengan menyasarkan ia akan terus berkembang dibantu oleh rangkaian 5G kedua yang dikendalikan oleh U Mobile. Di peringkat awal pengenalan 5G di Malaysia, memang kami akui kelajuannya amat pantas sehingga memasang aplikasi mengambil masa sekelip mata. Muat turun lebih pantas daripada proses pemasangan.

Tetapi laporan OOKLA yang diterbitkan baru-baru ini mengesahkan apa yang kami syaki sejak pertengahan tahun iaitu kelajuan 5G di Malaysia semakin perlahan. Laporan OOKLA dua minggu lalu mendapati kelajuan purata muat turun 5G di Malaysia pada Q3 2025 ialah 242.92 Mbps berbanding 451.79 Mbps pada Q4 2023. Kelajuan purata kini hampir separuh daripada hampir dua tahun lalu. Kelajuan purata muat naik pula turun daripada 49.87 Mbps ke 29.52 Mbps dalam tempoh sama.

Walaupun rangkaian 5G semakin berkembang, peranti 5G menghabiskan 65.8% dalam rangkaian 4G di Malaysia. Janji rangkaian telko yang lebih pantas dan stabil tidak menjadi realiti. Sebaliknya semakin ramai menggunakan 5G sehingga rangkaian kembali kepada kelajuan 4G.



Source link