Malaysia Oversight

Xiaomi 17 Ultra Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Leica, Snapdragon 8 Elite Gen 5, Bateri 6800mAh

By Amanz in December 26, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi 17 Ultra Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Leica, Snapdragon 8 Elite Gen 5, Bateri 6800mAh


Xiaomi 17 Ultra Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Leica, Snapdragon 8 Elite Gen 5, Bateri 6800mAh

December 26, 2025
Xiaomi

Aman

Xiaomi kini telah memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka, iaitu Xiaomi 17 Ultra. Buat masa ini, telefon mercu ini diperkenalkan untuk pasaran sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dipasarkan pada peringkat global.

Xiaomi 17 Ultra

Xiaomi 17 Ultra hadir dengan skrin 6.9-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar kecerahan mencapai 3500nits. Ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, pilihan memori sehingga 16GB LPDDR5x RAM, dan storan sehingga 1TB UFS 4.1.

Xiaomi 17 Ultra 1

Pada bahagian kamera, ia menyertakan tiri-kamera berjenama Leica, iaitu kamera utama 50-megapixel dengan sensor 1-inci Light Fusion 1050L, dipadankan dengan 50 megapixel ultra-lebar Leica, dan juga kamera 200-megapixel telefoto. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera swafoto 50-megapixel di hadapan.

Telefon ini menggunakan bateri 6800mAh dengan sokongan pengecasan 90W. Pada sistem operasi, ia menjalankan HyperOS 3.0, dan turut menyertakan sejumlah ciri berasaskan kecerdasan buatan.

17 Ultra Xiaomi

Buat masa ini, Xiaomi hanya mengumumkan peranti ini di sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut penawarannya untuk pasaran global atau Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.



Source link