Malaysia Oversight

ASUS Mungkin Menghasilkan Memori Sendiri Untuk Mengekalkan Harga Peranti Mereka

By Amanz in December 26, 2025 – Reading time 2 minute
ASUS Mungkin Menghasilkan Memori Sendiri Untuk Mengekalkan Harga Peranti Mereka


ASUS Mungkin Menghasilkan Memori Sendiri Untuk Mengekalkan Harga Peranti Mereka

December 26, 2025
Asus

Nazrin

Harga komponen memori global untuk komputer dilihat semakin meningkat setiap minggu kerana ketandusan bekalan dan permintaan oleh pembina komponen dan pusat data AI yang sanggup membayar nilai beberapa kali ganda untuknya.

Syarikat-syarikat komputer riba pengguna seperti Acer, ASUS, Dell, HP, Lenovo dan sebagainya semua dijangka akan menaikkan tanda harga penawaran komputer mereka pada tahun depan kerana isu ini.

ASUS dilaporkan oleh beberapa pihak bahawa mereka mahu mula mengilang komponen memori RAM mereka sendiri. Ini adalah cukup menarik kerana walaupun ASUS sebuah syarikat pembina komputer yang telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat cip semikonduktor sebelum ini, mereka tidak pernah menghasilkan komponen mereka sendiri.

ASUS ROG Strix Scar 16 18 2025

Ini adalah berbeza dengan syarikat seperti Acer dan Lenovo yang juga mempunyai jenama memori mereka sendiri, tetapi masih menggunakan memori dari syarikat-syarikat seperti Samsung dan Micron. Daripada laporan yang diperlihatkan, ASUS mahu membangunkan bahagian pengeluaran memori DDR5 dan LPDDR5X mereka sendiri.

Jika benar, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah mereka akan membangunkan bahagian komponen memori ini. Mereka akan memerlukan kepakaran sama seperti yang ada pada syarikat-syarikat seperti Samsung, SK Hynix dan Micron untuk merekacipta komponen tersebut, dan juga kilang-kilang yang besar untuk menghasilkan cip tersebut.

Kerjasama bersama syarikat-syarikat pengeluar memori kecil juga adalah sesuatu yang mungkin berlaku, dan sekiranya ASUS hanya mahu mengurangkan kos pembelian memori untuk peranti-peranti mereka sendiri, ini mungkin adalah langkah terbaik yang mungkin boleh dilakukan oleh mereka.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi dari ASUS mengenai perkara ini, tetapi ia cukup menarik untuk melihat sekiranya ASUS benar-benar akan mula menghasilkan memori sendiri untuk peranti-peranti komputer mereka.

Notebookcheck



Source link