Gambar Yang Dimuat-Naik Ke X Kini Boleh Disunting Dan Dijana Semula Guna AI Oleh Sesiapa Saja
Aman
X sedia memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan janaan pada laman sosial mereka, termasuk untuk penjanaan gambar. Jikalau sebelum ini, X sekadar membolehkan pengguna menjana gambar menggunakan teks semata, kini pengguna boleh menjana gambar lebih kurang seperti dikongsikan sesiapa dan menyunting serta membuat perubahan padanya menggunakan sokongan kecerdasan buatan janaan.
Pada setiap gambar yang dimuat-naik pengguna ke platform X, ia kini telah mula memaparkan sebuah butang suntingan. Apabila tap padanya, pengguna boleh memberikan arahan teks, dan seterusnya ia akan menjana semula gambar berkenaan dan memaparkan dua hasil berdasarkan kepada arahan diberikan pengguna pengguna.

Ia tidak diketahui mengapakah pihak X menambah ciri berkenaan. Namun, secara tidak langsung ia mungkin membuka kepada penyuntingan gambar sedia ada, dan penyebaran gambar palsu melalui platform berkenaan. Buat masa ini, kami tidak menjumpai sebarang pilihan untuk mengelak gambar yang dimuat-naik kita disunting.
Dengan langkah ini, ia tidak diketahui sama ada pengguna akan selesa memuat-naik gambar ke platform berkenaan, atau sebaliknya. Ciri ini telah diaktifkan di web, dan mungkin hadir ke aplikasi mudah-alih.






