Apple Akan Menawarkan Stor Aplikasi Pihak Ketiga Di Brazil
Effi Saharudin
Brazil menjadi pasaran kedua selepas Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun yang menerima sokongan stor aplikasi pihak ketiga pada peranti Apple. Ini selepas Majlis Pentadbiran untuk Pertahanan Ekonomi (CADE) mengatakan Apple bersetuju dengan arahan yang diberikan selepas didapati bersalah menyalahgunakan kedudukan dominan mereka dalam pasaran penyebaran aplikasi iOS di Brazil.

Apple disiasat di Brazil selepas aduan difailkan oleh Mercado Libre Group pada tahun 2022.. Pilihan melakukan pembayaran di luar ekosistem App Store turut boleh dilakukan dengan pilihan baharu menerusi pihak ketiga atau daripada laman web pembangun aplikasi.
Apple diberikan tempoh selama 105 hari untuk melakukan perubahan yang diminta oleh pihak berkuasa Brazil. Kegagalan memenuhi arahan ini akan menyebabkan Apple boleh didenda sebanyak BRL 150 juta (~RM 110 juta).
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






