Malaysia Oversight

NVIDIA Bersiap Sedia Untuk Menghantar 80 Ribu Unit NVIDIA H200 Ke China

By Amanz in December 24, 2025 – Reading time 1 minute
NVIDIA Bersiap Sedia Untuk Menghantar 80 Ribu Unit NVIDIA H200 Ke China


NVIDIA Bersiap Sedia Untuk Menghantar 80 Ribu Unit NVIDIA H200 Ke

December 24, 2025
NVIDIA

Nazrin

NVIDIA baru-baru ini dilaporkan bahawa mereka akan mula menjual kad grafik pusat data AI NVIDIA H200 ke . Ini adalah berikutan keputusan Amerika Syarikat untuk membenarkannya, asalkan sebahagian daripada nilai jualan tersebut disalurkan kepada kerajaan tersebut.

Walaupun begitu, juga telah mengatakan bahawa semua projek AI dibawah naungan mereka hanya akan menggunakan komponen-komponen yang dibangunkan oleh syarikat dari China sendiri. Walaupun begitu, permintaan untuk komponen GPU yang diperbuat daripada siri cip pemprosesan Hopper ini masih tinggi di kalangan syarikat-syarikat AI swasta di negara tersebut.

nvidia gh200 grace hopper superchip HBM3e A

Ini adalah kerana walaupun siri kad grafik NVIDIA H200 dilihat sebagai “tua”, kemampuannya masih dilihat jauh mengatasi penawaran kad grafik AI sedia ada di China buat masa ini, termasuklah cip AI NVIDIA H20 yang direka khusus untuk pasaran China. Syarikat-syarikat tersebut juga dijangka akan mengambil peluang untuk membeli komponen-komponen tersebut secara sah sebelum salah satu ataupun kedua-dua kerajaan ini menukar fikiran mereka.

NVIDIA dijangka akan menghantar sebanyak 80-82 ribu kad grafik NVIDIA H200 menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, dan jika permintaan masih tinggi, mereka dijangka akan menghantar lebih banyak kad-kad grafik tersebut ke pasaran tersebut.

Tom’s Hardware



Source link