Marissa Mayer Menubuhkan Dazzle – Pembantu Maya AI
Effi Saharudin
Marissa Mayer ialah nama yang sudah agak lama tidak didengari dengan bekas CEO Yahoo dan antara kakitangan awal Google ini masih lagi antara tokoh teknologi wanita yang dikenali. Dengan dunia masih dilanda deman kecerdasan buatan (AI), Mayer telah menubuhkan syarikat rintis terbaru beliau Dazzle yang menawarkan pembantu mata AI.

Dalam temubual bersama TechCrunch, Mayer mengatakan pembangunan Dazzle dimulakan pada musim panas lalu dengan dengan beliau segera menyedari potensinya lebih tinggi daripada jangkaan asal. Kemampuan penuh Dazzle dan bagaimanakah ia lebih unik berbanding pembantu maya seperti Gemini, Siri dan ChatGPT masih belum didedahkan oleh Mayer.
Dazzle sudah berjaya mengumpul $8 juta dalam bentuk dana pusingan awal setakat ini dengan sasaran keluar daripada mod stealth awal tahun depan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






