Malaysia Oversight

Amerika Ingin Membina Semula Kapal Battleship Hampir 80 Tahun Selepas Kapal Terakhir Dibina

By Amanz in December 23, 2025 – Reading time 2 minute
Amerika Ingin Membina Semula Kapal Battleship Hampir 80 Tahun Selepas Kapal Terakhir Dibina


Malaya, Missouri, Iowa, Bismarck, Yamato dan Prince of Walesbattleship yang pernah menggerunkan kapal milik musuh. Kapal kelas battleship menjadi kapal yang paling dibanggakan sesebuah tentera laut dan oleh itu dilengkapi senjata yang paling berkuasa serta bersaiz paling besar.

USS Defiant Trump class battleship C

Ketika Perang Dunia Kedua (WWII), kelemahan battleship terdedah selepas HMS Prince of Wales karam di perairan Kuantan kerana dibom menggunakan kapal terbang Jepun. Kerana kelemahan ini battleship terakhir, HMS Vanguard dilancarkan pada tahun 1946 dengan tiada lagi kapal baharu dihasilkan.

Walaupun strategi semasa mendapati battleship sudah tidak lagi serasi dengan medan perang moden, Presiden hari ini mengumumkan Amerika Syarikat akan memulakan semula pembinaan battleship dengan ia menggunakan nama Kelas .

USS Defiant Trump class battleship

Dua kapal Kelas akan dibina terlebih dahulu dengan kapal pertama menggunakan nama USS Defiant. Dengan panjang melebihi 271 meter, ia turut akan menjadi kapal battleship paling panjang pernah dibina melangkaui pemegang rekod sebelum ini USS New Jersey (270.69 m). Sungguhpun begitu, ia hanya seberat sehingga 40,000 ton yang lebih ringan berbanding IJN Yamato (72,000 ton)

Apabila beroperasi kelas, Defiant akan menggunakan gelaran rasmi Guided Missile Battleship (BBG) dengan ia tidak sekadar dilengkapi laras meriam gergasi seperti battleship tradisional. Sebaliknya ia akan dilengkapi kemampuan melancarkan peluru berpandu hipersonik, senjata laser, meriam railgun, meriam 30mm, peluru berpandu nuklear serta sistem pertahanan SAM serta anti dron untuk menangkis serangan musuh. Dengan sistem senjata pelbagai ini, sebuah kapal BBG mempunyai 80 kali ganda kuasa pemusnah kapal battleship terdahulu.

USS Defiant Trump class battleship B

Antara 20-25 kapal Kelas Trump dirancang akan dibina dengan ia dilengkapi Sistem Pendorongan Elektrik Penuh Bersepadu (IFEP) yang menggunakan gabungan turbin gas dan diesel untuk memacu grid elektrik, yang seterusnya menggerakkan sistem pendorongan dan senjata canggih kapal.

Ia bakal membawa sehingga 850 anak kapal dengan ia akan mementingkan kemampuan bergerak dengan laju dan bukan dilengkapi perisai tebal untuk melengkapkan sebuah Carrier Strike Group di medan perang masa depan. Bila USS Defiant akan dibina serta kos keseluruhan program belum lagi diumumkan pada ketika ini.

Yang jelas hanyalah kapal Kelas Trump akan dilengkapi hampir semua senjata yang digunakan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) dan mengingatkan kami kepada kapal ketua di penghujung misi permainan video Ace Combat dan Top Gun.



Source link