
Elak Serangan Siber : Bank Akan Tawar Peranti Pada Harga Diskaun Untuk Memudahkan Pelanggan Naik-Taraf Peranti Ke Versi Baru
Aman
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) bersama-sama dengan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) kini menyarankan para pengguna tempatan untuk mengemaskini pelayar web mereka kepada versi terkini, dan juga kemaskini sistem operasi peranti mudah-alih ke versi terkini sebagai langkah awal melindungi diri daripada penipuan internet.
Kemaskini yang ditawarkan para penyedia dikatakan menawarkan perlindungan serangan siber, disamping turut menguatkan terhadap ancaman malware dan lain-lain.
Disamping itu, ia turut diingatkan yang mana bank akan memperkenalkan langkah pengesahan dalam melindungi pengguna daripada malware, dan pada masa yang sama mengimplementasi beberapa langkah tambahan dalam melindungi pengguna daripada serangan siber.
Dalam langkah memudahkan pengguna menggunakan sistem operasi terbaru pada peranti mudah-alih, beberapa bank akan bekerjasama dengan pengeluar peranti, seterusnya menawarkan harga diskaun atau pakej khusus untuk naik-taraf peranti.
Buat masa ini, kenyataan ini dikeluarkan pihak Persatuan Bank, dan mungkin kita mendengar lanjut berkenaan penawaran ini dalam masa terdekat ini daripada beberapa bank.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






