Anthropic Mengumumkan Keputusan Eksperimen Mesin Gedegang AI Project Vend
Nazrin
Pada awal tahun ini, syarikat pembangun teknologi AI Anthropic telah memperkenalkan Project Vend, iaitu sebuah mesin gedegang yang dimuatkan dengan AI Claudius, iaitu model bahasaraya Claude yang diubahsuai untuk kegunaan bersama mesin gedegang tersebut.
Eksperimen ini dijalankan untuk melihat samada teknologi AI mereka boleh menjana jualan dan keuntungan tanpa memerlukan input dari manusia.
Untuk beberapa bulan pertama, AI Claudius ini menggunakan model Claude Sonnet 3.7 dan mencatatkan kerugian yang agak banyak, didorong oleh input oleh pekerja Anthropic yang telah berjaya meyakinkan Claudius untuk menjual barangan pada harga yang menyebabkan kerugian.

Pada pertengahan tahun, AI Claudius telah dinaiktarafkan dengan model bahasaraya Sonnet 4.0 dan 4.5 dan beberapa arahan khusus yang lain. Sejak itu, Claudius telah mula mencatatkan keuntungan setiap minggu dan kini tahu bagaimana untuk mendapatkan barangan berkos rendah dan menetapkan harga mampu-milik dengan sendiri dan mencatat keuntungan yang munasabah.

Anthropic juga telah menghantar sebuah mesin gedegang AI ini kepada Wall Street Journal untuk diuji, dimana wartawan-wartawan boleh menguji mesin gedegang tersebut, dan juga melakukan aktiviti untuk menguji ketahanan sistem AI Claude melalui prom dan pertanyaan yang mungkin dilihat sebagai mengarut.
Dari ujian mereka, Claudius telah menjual barang-barangan menarik seperti konsol Sony PlayStation 5, snek-snek murah dan juga ikan peliharaan, dan menyebabkan kerugian beberapa ratus dolar.






