Telefon pintar kini bukan lagi sekadar untuk menghantar mesej atau merakam gambar. Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, digunakan untuk belajar, bekerja, menangkap momen spontan hingga menonton drama pada waktu malam. Bagi Gen Z yang sentiasa kreatif, telefon pintar menjadi ruang utama untuk mengekspresikan diri. Oleh itu, memilih peranti yang tepat bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan dalam gaya hidup moden mereka.

Samsung benar-benar memahami gaya hidup Gen Z yang sentiasa kreatif, berani mencuba perkara baharu dan mahukan sesuatu yang di luar kotak. Dengan pendekatan ini, setiap inovasi Galaxy direka bukan sekadar memenuhi keperluan harian tetapi juga mencerminkan identiti anak muda yang mahu tampil berbeza dan penuh keyakinan. Justeru itu, munculnya dua ‘bintang baharu’ dalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A26 5G dan Galaxy A36 5G yang direka khusus untuk memenuhi keperluan generasi muda masa kini.
Kedua-dua telefon pintar ini masih mengekalkan reka bentuk ikonik Galaxy yang menjadi simbol gaya hidup moden. Dengan gabungan prestasi mantap dan penampilan bergaya, Galaxy A26 5G dan Galaxy A36 5G membolehkan setiap Gen Z mengekspresikan personaliti mereka sambil kekal produktif dalam dunia serba pantas.
Samsung Galaxy A26 5G – Permulaan Bergaya Untuk ‘Dunia Galaxy’

Samsung memahami bahawa Gen Z mahukan telefon pintar yang bukan sahaja mampu milik, malah bergaya dan penuh keyakinan. Justeru, hadirnya Galaxy A26 5G sebagai pilihan tepat yang menawarkan lebih daripada sekadar harga berpatutan. Dengan harga hanya RM1,099, peranti ini membuka peluang kepada generasi muda untuk merasai pengalaman memiliki sebuah telefon Galaxy yang ikonik sekali gus menampilkan gaya moden tanpa perlu berbelanja besar.

Galaxy A26 5G menonjol dalam kategorinya dengan prestasi yang mantap dan reka bentuk moden. Yang menjadikannya lebih menarik ialah keyakinan memiliki telefon Samsung, peranti yang berbaloi dengan nilainya dan layak dibanggakan. Dengan penampilan premium tanpa perlu berbelanja lebih, Galaxy A26 5G sesuai bagi pengguna muda yang mahukan telefon praktikal dan bernilai dalam satu pakej.

Dari segi ketahanan, Galaxy A26 5G hadir dengan pensijilan IP67 di mana sesuatu yang jarang ditemui pada telefon pintar RM1,000. Ini bermakna ia bukan sahaja tahan habuk malah mampu menahan air dalam situasi tidak dijangka seperti hujan. Lebih meyakinkan apabila peranti ini turut dilengkapi Samsung Knox Vault yang diperakui EAL5+ bagi memastikan data penting seperti kata laluan dan biometrik yang sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat.

Komitmen Samsung terhadap pengguna juga terserlah melalui jaminan enam generasi kemas kini OS dan enam tahun kemaskini keselamatan. Dengan sokongan jangka panjang ini, Galaxy A26 5G kekal relevan dan sentiasa ‘up to date’ yang menjadikannya pelaburan berbaloi untuk Gen Z yang mahukan telefon pintar tahan lama serta penuh keyakinan.
Samsung Galaxy A36 5G – Bolehkan Ikut Rentak Seharian Gen Z?

Bagi Gen Z, telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi, tetapi teman harian yang menemani setiap detik. Persoalannya, bolehkah Galaxy A36 5G benar-benar mengikuti rentak hidup sentiasa berubah mengikut gaya moden anak muda masa kini? Jawapannya jelas BOLEH!

Dengan paparan Super AMOLED 6.7 inci FHD+, setiap tontonan terasa imersif sama ada ketika menatal media sosial atau menonton siri kegemaran. Reka bentuk moden dengan panel kaca tahan lasak serta pilihan warna Lavender, Black, White dan Lime menjadikannya bukan sahaja berfungsi dengan baik. Malah tampil bergaya sesuai dengan identiti anak muda masa kini yang mahu kelihatan premium tanpa perlu berbelanja besar.

Galaxy A36 5G turut dilengkapi sistem penyejukan 15% lebih besar, direka untuk memastikan peranti kekal sejuk walaupun digunakan untuk tugasan berat. Lebih mengagumkan, saiz sistem penyejuk ini sama seperti yang digunakan pada model mercu Galaxy S24+ menjadikan ia satu peningkatan besar dalam siri A untuk suhu yang jauh lebih baik.
Hasilnya, tiada isu panas melampau dan tiada gangguan prestasi sebaliknya hanya kelancaran konsisten yang dijanjikan oleh Samsung. Inilah kelebihan yang menjadikan Galaxy A36 5G pilihan tepat untuk Gen Z yang aktif bermain permua dan melakukan kerja kreatif yang memerlukan kuasa tambahan.

Bateri turut menjadi antara kelebihan utama pada Galaxy A36 5G. Dengan ketahanan mencapai 29 jam main balik video, ia menawarkan hampir 1 hari 5 jam hiburan berterusan lantas mencerminkan ketahanan bateri yang benar-benar kukuh dalam penggunaan sebenar. Dalam situasi harian, kapasiti ini memberi ruang untuk:
- Menonton satu musim penuh drama tanpa perlu pengecas.
- Mengikuti video sepanjang perjalanan jauh termasuk perjalanan balik kampung.
- Menatal TikTok dan YouTube berjam-jam tanpa kebimbangan bateri menyusut dengan cepat.
- Bermain permua pada tempoh yang panjang tanpa gangguan.
- Membenarkan kanak-kanak menonton kandungan pendidikan atau hiburan tanpa risau peranti terpadam secara tiba-tiba.

Keselamatan tidak dilupakan. Sama seperti Galaxy A26, A36 turut dilindungi Samsung Knox Vault yang diperakui EAL5+ bagi memastikan data peribadi sentiasa selamat. Lebih meyakinkan, ia menerima enam generasi kemas kini OS dan enam tahun kemaskini keselamatan lalu menjadikannya pelaburan jangka panjang yang berbaloi untuk Gen Z.
Kesimpulan
Galaxy A26 5G adalah pilihan tepat bagi mereka yang mahukan ciri premium pada harga RM1,099. Sementara itu, Galaxy A36 5G berharga RM1,399 menawarkan prestasi lebih tinggi, hiburan mantap dan ketahanan jangka panjang. Dua pilihan berbeza namun kedua-dua peranti ini berkongsi DNA Galaxy yang memberi keyakinan sejak hari pertama digunakan. Anda yang berminat boleh mendapatkan kedua-dua peranti ini di kedai berhampiran atau layari Galaxy A26 5G dan Galaxy A36 5G. Pilih ‘AYE’ paling sesuai dengan gaya hidup anda.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.






