Malaysia Oversight

Xiaomi MIX Flip 2 Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite dan Kamera Leica

By Amanz in June 27, 2025 – Reading time 2 minute
Xiaomi MIX Flip 2 Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite dan Kamera Leica


Xiaomi MIX Flip 2 turut dilancarkan di malam semalam dan ia sebuah peranti katup yang bukan sahaja dilengkapi cip kelas mercu tetapi turut hadir dengan lensa Leica serta saiz bateri yang besar. MIX Flip 2 hadir dengan skrin boleh lipat 6.86″ AMOLED dan skrin luar pula 4.01″ AMOLED dengan kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz serta boleh memaparkan kandungan Dolby Vision.

Xiaomi MIX Flip 2 D

Ia dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri 5165 mAh yang menyokong pengecasan 67W berwayar serta 50W secara nirwayar. Ini adalah bersamaan peningkatan berbanding 4,780 mAh yang digunakan pada MIX Flip tahun lalu.

Xiaomi MIX Flip 2 F

Kamera utama terdiri daripada lensa surut lebar 50MP dan lensa ultra lesar 50MP. Di hadapan sensor 32MP digunakan pada kamera swafoto. Lensa Leica Summilux digunakan pada kamera utama dan oleh itu aplikasi kamera mempunyai beberapa mod khusus dengan penuras Leica. Pengimbas cap jari diletakkan di bahagian sisi sementara terdapat juga audio stereo, pemancar infra merah dan dwi kebuk penyejuk.

Xiaomi MIX Flip 2 C

Peranti menggunakan sistem operasi HyperOS 2 berasaskan Android 15. Antara ciri yang disertakan ialah kemampuan suntingan AI dan optimasi sehingga 500 aplikasi boleh digunakan pada skrin luaran. Kerana skrin luar yang besar, papan kekunci saiz penuh boleh digunakan pada skrin ini. Kerana ia sebuah peranti Xiaomi juga, terdapat sokongan untuk ekosistem kereta elektrik SU7 dan YU7.

Xiaomi MIX Flip 2 E

Xiaomi MIX Flip 2 dilancarkan dalam lapan pilihan warna. Harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

Xiaomi MIX Flip 2 (12/256 GB) – RMB 5999 (~RM 3537)

Xiaomi MIX Flip 2 (12/512 GB) – RMB 6499 (~RM 3832)

Xiaomi MIX Flip 2 (16/512 GB) – RMB 7299 (~4303)



Source link