X Perkenal Aplikasi Web Khusus Untuk Permesejan X Chat Bagi Pengguna Desktop
Aman
X sedia mula memperkenalkan kemaskini kepada perkhidmatan permesejan terbina pada media sosial berkenaan, membolehkan pengguna melakukan lebih daripada menghantar teks sahaja – termasuk berkongsi fail, gambar dan lain-lain. Tidak setakat itu, kini X turut memperkenalkan aplikasi web khusus untuk pengguna desktop untuk mengakses perkhidmatan permesejan berkenaan.
Melalui web X Chat, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan permesejan sepenuhnya tanpa gangguan integrasi media sosial. Antaramuka yang ditawarkan adalah lebih kurang seperti WhatsApp atau Telegram, memudahkan anda memfokuskan kepada permesejan tanpa gangguan lain.

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan untuk pengguna desktop sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan sama akan diperluaskan untuk pengguna mudah-alih. Mengikut desas-desus sebelum ini, X dikatakan turut sedang menyiapkan aplikasi permesejan berasingan untuk bersaing dengan WhatsApp.
Bagi anda yang mempunyai akaun X, boleh mengakses halaman khas Chat ini melalui pelayar web desktip anda hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






