Malaysia Oversight

Penjualan Produk DJI Akan Diharamkan Di Amerika Syarikat Bermula 23 Disember Ini

By Amanz in December 17, 2025 – Reading time 2 minute
Dron Swafoto DJI Neo 2 Dilancarkan Sistem LiDAR Mengelak Pelanggaran


Penjualan Produk DJI Akan Diharamkan Di Amerika Syarikat Bermula 23 Disember Ini

December 17, 2025
Peranti

Nazrin

Pada pertengahan tahun ini, kami telah melaporkan bahawa produk-produk keluaran syarikat pengimejan terkemuka dari , DJI akan mula diharamkan pada penghujung tahun ini. Pihak DJI telah mengesahkan bahawa jika Amerika Syarikat tidak melakukan sebarang tindakan audit, semua produk-produk DJI akan diharamkan penjualannya di pasaran tersebut bermula 23 Disember 2025.

DJI turut mengesahkan bahawa ini akan memberi kesan kepada semua produk DJI, bukan sahaja dron seperti yang dilaporkan sebelum ini. Selain daripada dron, kamera aksi mereka turut akan terkesan akibat arahan ini, dan semua produk dibawah jenama tersebut akan perlu ditarik dari rak-rak jualan produk di seluruh negara itu. Melalui kenyataan yang dikeluarkan, nampaknya produk baru yang dilancarkan juga tidak akan dibenarkan untuk dibawa masuk ke negaara itu.

DJI Neo 2 A

Mereka yang sudahpun memiliki produk DJI dilihat boleh terus menggunakannya seperti biasa, tetapi kebarangkalian bahawa DJI tidak dibenarkan untuk menjual produk yang sudahpun di pasaran Amerika Syarikat selepas tarikh tersebut dilihat sebagai sangat tinggi.

Menurut US Customs and Border Protection, halangan penjualan produk-produk tersebut adalah kerana DJI melanggar akta Uyghur Forced Labor Prevention Act, yang mana DJI telah mengatakan bahawa tuduhan tersebut adalah palsu.

DJI Osmo Nano D

DJI juga dilaporkan telah cuba untuk mendapatkan perhatian daripada beberapa agensi kebangsaan seperti Department of Defense, Department of Homeland Security, Federal Bureau of Investigation, dan National Security Agency untuk memulakan proses audit sekuriti, tetapi tidak ada satu agensi pun yang telah membalas pertanyaan syarikat tersebut.

DJI akan menjadi syarikat terbaru selepas Huawei dan ZTE yang akan memasuki senarai FCC Covered List yang mengharamkan produk-produk baru daripada memasuki pasaran Amerika Syarikat secara rasmi. Bukan itu sahaja, pihak FCC juga boleh mengharamkan produk-produk yang sudahpun menerima kelepasan sebelum ini, memaksa DJI untuk tidak lagi menjual produk-produk mereka walaupun ia sudah berada di pasaran tersebut.

DJI



Source link