Amazon Dalam Perbincangan Untuk Melabur Lebih $10 Bilion Pada OpenAI
Aman
Amazon kini dilaporkan dalam perbincangan bersama OpenAI, untuk melabur pada OpenAI. Ia dikatakan Amazon mungkin melabur lebih $10 bilion pada syarikat memfokuskan pembangunan kecerdasan buatan berkenaan.
Untuk makluman, Amazon sedia melabur pada Anthropic, dan pelaburan pada OpenAI akan memperluaskan lagi portfolio dibawah Amazon.

Amazon juga sedia membangunkan cip mereka memfokuskan kecerdasan buatan dibawah AWS, selain pembangunan Alexa dengan sokongan keccerdasan buatan. Sebelum ini sendiri, OpenAI dan Amazon telah mengumumkan kerjasama, dimana OpenAI akan menerima akses kepada perkhidmatan AWS yang terdiri daripada pelbagai GPU NVIDIA.
Buat masa ini, pihak Amazon dan OpenAI tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan terbaru ini. KIta mungkin mendengar lanjut berkenaan dengannya dalam masa terdekat ini, dan apakah lagi bentuk kerjasama antara kedua-dua pihak ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





