Malaysia Oversight

Anker Akan Membuka Kedai Mercu Pertama Mereka Di Malaysia Sekitar Suku Kedua 2026

By Amanz in December 16, 2025 – Reading time 1 minute
Anker Akan Membuka Kedai Mercu Pertama Mereka Di Malaysia Sekitar Suku Kedua 2026


Anker, jenama aksesori komputer dan peranti pintar yang terkemuka dari hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka kedai mercu pertama mereka di Malaysia pada suku kedua 2026.

image 32

Menurut pihak Anker Malaysia, kedai ini akan dibuka pada sekitar suku kedua tahun 2026, dan akan merumahkan kesemua penawaran produk-produk Anker, termasuklah siri Anker Prime, Anker Zolo, Anker Nano, Anker Soundcore dan eufy yang ditawarkan di pasaran Malaysia.

Buat masa ini, lokasi kedai tersebut masih belum diumumkan lagi dan akan diumumkan apabila ia sedia untuk dibuka kelak, tetapi akan dibuka di kawasan Kuala Lumpur.

image 31

Selain daripada jualan produk-produk Anker dan eufy, kedai mercu ini juga akan beroperasi sebagai pusat servis untuk produk-produk Anker yang perlu diperbaiki ataupun ditukar. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk-produk yang ditawarkan oleh Anker Malaysia, anda boleh melayari laman web mereka.



Source link