Telegram memperkenalkan beberapa ciri baharu yang menjadikan pengalaman penggunaan lebih selamat serta menyeronokkan.

Antara penambahbaikan terkini ialah penggunaan Passkey yang membolehkan pengguna log masuk dengan segera tanpa memerlukan kod SMS.
Pengguna kini boleh mencipta passkey pada peranti untuk log masuk ke Telegram menggunakan PIN atau data biometrik seperti Face ID dan imbasan jari sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kod SMS dan meningkatkan tahap keselamatan akaun.
Kunci unik yang disulitkan ini akan disimpan terus pada peranti dan boleh diselaraskan dengan aplikasi pengurusan kata laluan seperti iCloud atau Google. Kunci unik yang disulitkan ini akan disimpan terus pada peranti dan boleh diselaraskan dengan aplikasi pengurusan kata laluan seperti iCloud atau Google.
Untuk mencipta passkey, pengguna hanya perlu pergi ke Settings > Privacy and Security > Passkeys. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan akaun masih didaftarkan dengan nombor telefon aktif yang berada di bawah kawalan anda.

Selain itu, Telegram turut memperkenalkan fungsi Audio dalam Stories yang membolehkan pengguna menambah audio daripada senarai muzik ke dalam Stories. Caranya cukup mudah, iaitu dengan menekan Sticker Button > Audio dan memilih fail daripada Saved Music. Dengan adanya ciri ini, perkongsian Stories menjadi lebih menyeronokkan dan menarik untuk dikongsi bersama kenalan.
Pastikan aplikasi telegram telah dikemas kini untuk mencuba semua ciri baharu ini.






