Apple Memulakan Program Baik-Pulih Untuk Mac Mini M2 Dengan Masalah Pada Sambungan Kuasa
June 14, 2025
•
Aman
Apple kini telah mengenal-pasti sejumlah pengguna Mac Mini 2023 dengan cip M2, dimana ia tidak boleh dimulakan disebabkan oleh masalah pada sambungan kuasa. Apple mengatakan unit yang terjejas telah dihasilkan antara Jun 2024 sehingga November 2024 lepas.
Sekiranya anda menggunakan Mac Mini M2 dengan masalah pada sambungan kuasa, anda boleh ke halaman khusus yang disediakan Apple, dan seterusnya menyemak sama ada Mac Mini anda terjejas atau sebaliknya.
Sekiranya ya, anda seterusnya boleh melakukan temujanji dengan Apple Store atau pengedar rasmi Apple, dan seterusnya menghantar Mac Mini anda untuk diselenggara kembali.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.