Malaysia Oversight

Do Kwon Dipenjara 15 Tahun Kerana Menyeleweng $40 Bilion Kripto

By Amanz in December 12, 2025 – Reading time 1 minute
Do Kwon Dipenjara 15 Tahun Kerana Menyeleweng $40 Bilion Kripto


Do Kwon Dipenjara 15 Tahun Kerana Menyeleweng $40 Bilion Kripto

December 12, 2025
Kewangan

Effi Saharudin

Pengasas Terraform Labs, dijatuhkan penjara 15 tahun oleh mahkamah selepas didapati bersalah di mahkamah ke atas pertuduhan penipuan komoditi, penipuan sekuriti, penipuan wayar dan konspirasi pengubahan wang haram melibatkan pelaburan kripto menerusi syarikat beliau tiga tahun lalu.

Skandal menyebabkan pelabur kerugian $40 bilion dalam bentuk mata wang kripto Luna dan TerraUSD (UST). Kwon mengubah pengakuan kepada bersalah pada Ogos lalu selepas pada awalnya menafikan semua dakwaan keatas dirinya Januari lalu.

Do Kwon Terraform Terra Luna

Beliau telah diekstradisi dari Montenegro ke Amerika Syarikat pada 1 Januari lalu selepas ditangkap pihak berkuasa Montenegro pada tahun 2023. Selepas kejatuhan skim pelaburan Terraform Labs, Do Kwon telah melarikan diri ke Singapura.

Bagi mengheret beliau ke muka pengadilan, pihak berkuasa Korea Selatan telah meminta bantuan Interpol. Beliau ditangkap bersama seorang lagi suspek selepas didapati menggunakan dokumen palsu ketika cuba terbang ke Dubai.

Tahun lalu, Sam Bankman Fried yang terlibat dengan penyelewengan FTX dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun oleh mahkamah di New York. SBF didapati bersalah dalam tujuh pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram dan penipuan atas talian melibatkan kerugian mencecah $8 bilion.



Source link