TikTok hari ini memperkenalkan sebuah program baharu secara meluas, iaitu program TikTok Shop VIP. Melaluinya, ia hadir dengan harga langganan RM6.00 sebulan, sekaligus menawarkan sejumlah diskaun dan penjimatan tambahan kepada para pengguna perkhidmatan edagang berkenaan.

TikTok Shop VIP ini ditawarkan kepada para pelanggan yang membuat sekurang-kurangnya 4 pembelian dalam tempoh dua bulan terakhir. Antara penjimatan yang ditawarkan adalah termasuk penghantaran percuma, pulangan bonus, baucar diskaun, dan sebagainya. Setiap bulan, promosi berbeza dijangka ditawarkan melalui TikTok Shop VIP ini.
Untuk makluman, sebelum ini Shopee turut telah memperkenalkan program Shopee VIP, pada harga RM6.99 sebulan. Grab turut menawarkan Grab Unlimited pada harga RM4.90 sebulan, sementara FoodPanda Pro juga ditawarkan pada harga RM4.90 sebulan.






