Malaysia Oversight

Photoshop, Acrobat dan Adobe Express Kini Diintegrasikan Dalam ChatGPT

By Amanz in December 11, 2025 – Reading time 1 minute
Photoshop, Acrobat dan Adobe Express Kini Diintegrasikan Dalam ChatGPT


Photoshop, Acrobat dan Adobe Express Kini Diintegrasikan Dalam ChatGPT

December 11, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Tidak mempunyai kepakaran menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Acrobat atau Adobe Express? Kini ia bukan lagi halangan kerana semua suntingan boleh dilakukan menggunakan prom kerana ketiga-tiga aplikasi ini diintegrasikan terus ke dalam ChatGPT.

Adobe ChatGPT

Masukkan prom ke dalam ChatGPT dan terdapat pilihan untuk menggunakan Photoshop untuk melakukan suntingan gambar misalnya. Pelbagai kesan khas, penuras dan suntingan lazim boleh dilakukan oleh kecerdasan buatan (AI) ini. Dokumen PDF juga boleh disunting dengan ChatGPT tanpa memerlukan aplikasi berasingan.

Adobe ChatGPT B

Photoshop, Adobe Express dan Acrobat dalam ChatGPT adalah percuma untuk pengguna ChatGPT di seluruh dunia dengan ia boleh digunakan hari ini di desktop, web dan iOS. Adobe Express untuk ChatGPT juga tersedia di Android, dengan sokongan untuk Photoshop dan Acrobat untuk ChatGPT di Android akan diberikan tidak lama lagi.



Source link